
Seorang lagi veteran Spider-Man dikaitkan dengan Spider-Man 3!
Pelakon Willem Dafoe yang terkenal dengan wataknya sebagai Norman Osborn dalam trilogi Spider-Man Sam Raimi, dikatakan telah dilihat berada di set penggambaran Spider-Man 3.
Berita tersebut datang dari GWW, laman pertama yang melaporkan kepulangan semula Alfred Molina sebagai Doctor Octopus
Bagaimanapun, GWW tidak menjelaskan butiran lanjut mengenai kehadiran Dafoe di set penggambaran Spider-Man 3, dan tidak menyertakan sebarang gambar bagi menguatkan dakwaan mereka.
Willem Dafoe merupakan sebahagian daripada pelakon francais Spider-Man yang dikaitkan dengan Spider-Man 3. Buat masa ini, hanya Jamie Foxx dan Alfred Molina sahaja yang disahkan kembali dalam filem akan datang dengan meneruskan peranan mereka dalam filem terdahulu.
Spider-Man 3 membariskan pelakon seperti Tom Holland yang meneruskan peranannya sebagai Peter Parker / Spider-Man, Benedict Cumberbatch sebagai Doctor Strange, Zendaya sebagai MJ, Jacob Batalon sebagai Ned dan Marisa Tomei sebagai May Parker
Jamie Foxx akan meneruskan peranannya sebagai Max Dillon / Electro manakala Alfred Molina sebagai Otto Octavius / Doctor Octopus.
Sekuel Spider-Man: Far From Home ini akan ditayangkan dipawagam pada 17 Disember 2021.