Kakimuvee – Portal Informasi Perfileman
Berita

Will Smith Sahkan Filem Bad Boys 3 Akan Ditayangkan Tidak Lama Lagi

bad-boys-3-martin-lawrence-conan-video-dl

Pada bulan Jun yang lalu, Pengarah Joe Carnahan dikatakan berminat untuk mengarahkan filem Bad Boys 3  dan pada bulan Ogos, pihak Sony secara rasmi memberitahu bahawa filem terbaru siri trilogi Bad Boys ini akan ditayangkan pada 2017 dan turut menyatakan filem ke-4 akan ditayangkan dalam tahun 2019.

Bagaimanapun, tidak banyak maklumat mengenai filem ketiga Bad Boys sehinggalah aktor yang juga pelakon utama filem “buddy polis” ini, Will Smith mengesahkan yang kita dapat menontonnya tidak lama lagi.

Menurut laman Screenrush.com, hasil temuramah Will Smith dengan wartawan hiburan, dia memaklumkan bahawa Bad Boys 3  akan menemui penonton dalam tempoh beberapa bulan akan datang.

Ini bermakna, tarikh tayangan kemungkinan dalam bulan Feburari 2017 dan sekiranya filem ini dapat disiapkan awal, kita mungkin dapat menontonnya dengan lebih awal.

Cuma buat masa ini, tidak dapat dipastikan samada seorang lagi pelakon utama Martin Lawrence turut terlibat dalam projek filem terbaru ini. Mungkin pihak produksi menggunakan aktor yang lebih muda sebagai rakan polis kepada Will Smith. Khabar angin mengatakan, Michael B. Jordan akan mengantikan Martin Lawrence, tetapi ramai peminat berharap mereka mengekal aktor duo tersebut teraju utama film polis ini.

Related posts

Penggembaraan Terbesar Chip & Dale Dalam Trailer Rasmi “Chip ‘N’ Dale: Park Life”

Kakimuvee

Trailer Malignant Previu Filem Seram Thriller Terbaru James Wan

Kakimuvee

Netflix Dedah Teaser & Gambar Terbaru “The Witcher: Nightmare of the Wolf”

Kakimuvee

Antonio Banderas Sertai Harrison Ford Dalam “Indiana Jones 5”

Kakimuvee

“Black Widow” Lepasi AS$260 Juta Seluruh Dunia, “F9: The Fast Saga” Semakin Menghampiri AS$600 Juta

Kakimuvee

Trailer Terakhir “Snake Eyes: G.I. Joe Origins” Berikan Lebih Banyak Aksi & Rakaman Terbaru

Kakimuvee

Leave a Comment