Kakimuvee – Portal Informasi Perfileman
Official Trailer

Will Smith Menentang Will Smith Dalam Trailer Filem Sci-Fi Gemini Man

Paramount Pictures telah melancarkan trailer pertama filem sains fiksyen arahan Ang Lee berjudul Gemini ManFilem ini dibintangi pelakon terkenal Will Smithyang akan memain dua watak dalam satu filem. Anda boleh tonton trailer menarik dipemain video dibawah.

Gemini Man mengisahkan tentang Henry Brogen (Will Smith), seorang pembunuh upahan yang sudah tua dan ingin bersara dari kerjayanya. Bagaimanapun sebaliknya berlaku apabila dia terpaksa berdepan dengan klon dirinya lebih muda, iaitu Junior yang boleh membaca setiap pergerakannya. Brogen kini perlu membongkar kebenaran disebalik penciptaan Junior dan masa yang sama, menyelamatkan dirinya yang masih muda itu dari mengikuti jejak langkahnya yang kelam.


Cerita dan skrip ditulis oleh David Benioff, Billy Ray, serta Darren Lemke, manakala penerbit terdiri daripada Jerry Bruckheimer, David Ellison, Dana Goldberg dan Don Granger.

Turut membintangi filem ini adalah Mary Elizabeth Winstead, Clive Owen, Benedict Wong, dan Linda Emond. Gemini Man akan ditayangkan dipawagam tempatan pada 3 Oktober ini.

Related posts

Trailer Pertama “Mission: Impossible – Dead Reckoning Part One” Telah Didedahkan

Kakimuvee

Trailer & Poster Terbaru “Thor: Love and Thunder” Soroti Penjahat Gorr the God Butcher

Kakimuvee

Trailer “Baymax!” Tetapkan Debut Spin-Off “Big Hero 6” Di Disney+ Hotstar

Kakimuvee

Trailer “The Winchesters” Beri Pandangan Pertama Prekuel “Supernatural”

Kakimuvee

Marvel Studios Lancar Trailer & Poster “She-Hulk: Attorney at Law” Untuk Siri Disney+ Hotstar Yang Akan Datang

Kakimuvee

Trailer “Mat Kilau” Papar Perjuangan Anak Bangsa Melawan Penjajah

Kakimuvee

Leave a Comment