Kakimuvee – Portal Informasi Perfileman
Berita

Will Smith & Martin Lawrence Kembali Bergabung Dalam Trailer Bad Boys For Life


Sony Pictures telah melancarkan trailer pertama filem sekuel Bad Boys for Life, yang menampilkan Will Smith dan Martin Lawrence kembali ke layar perak sebagai Detective Mike Lowrey dan Marcus Burnett. Anda boleh tonton trailer tersebut dipemain video dibawah.

Filem kali ini mengisahkan tentang Jabatan Polis Miami dan pasukan elit AMMO yang bekerjasama untuk menumpaskan Armando Armas, ketua kartel dadah.

Turut kembali dalam filem ini adalah Joe Pantoliano yang memainkan peranan sebagai Captain Howard, Theresa Randle sebagai Theresa, isteri Marcus. Manakala pelakon-pelakon baru terdiri daripada Vanessa Hudgens, Alexander Ludwig, Charles Melton, Jacob Scipio dan DJ Khaled.

Adil El Arbi dan Bilall Fallah mengarahkan filem ini berdasarkan skrip yang ditulis oleh Peter Craig, Joe Carnahan dan Chris Bremmer. Jerry Bruckheimer kembali sebagai penerbit bersama-sama Doug Belgrad, Will Smith, Barry Waldman, Mike Stenson, Chad Oman dan James Lassiter.

Bad Boys for Life akan ditayangkan pada 17 Januari 2020



Related posts

Drama Bersiri Max Original DUNE: PROPHECY Akan Membuat Debut Pada Musim Luruh Ini

Kakimuvee

Mega Minion Hadir Membantu Gru Dalam Trailer Terbaru Despicable Me 4′

Kakimuvee

Penjahat Utama Kembali Dalam Trailer Kung Fu Panda 4

Kakimuvee

Trailer Leave the World Behind Menampilkan Barisan Pelakon Bintang

Kakimuvee

Filem Rompakan Komedi Netflix WINGWOMEN Akan Ditayangkan Pada 1 November Ini

Kakimuvee

Rowoon & Cho Yi-hyun Menjadi Pakar Perkahwinan Dalam Drama Terbaru ‘The Matchmakers’

Kakimuvee