Kakimuvee – Portal Informasi Perfileman
Berita

Will Smith & Kevin Hart Bergandingan Dalam Filem Remake Planes, Trains & Automobiles

Sudah 33 tahun sejak kejayaan filem Planes, Trains & Automobiles arahan John Hughes, dan kini Deadline melaporkan bahawa Paramount Pictures secara rasmi sedang dalam proses menghasilkan semula filem komedi klasik 1987 dengan bintang-bintang blockbuster Will Smith dan Kevin Hart bersetuju untuk memainkan peranan utama.

Filem remake ini akan ditulis Aeysha Carr (Brooklyn Nine-Nine), manakala Smith dan Hart akan turut bertindak sebagai penerbit menerusi syarikat penerbitan mereka, Westbrook Studios dan Hartbeat Production.

Filem asal Planes, Trains & Automobiles ditulis dan diarahkan John Hughes (Ferries Bueller’s Day Off, The Breakfast Club). Ikon komedi Steve Martin dan mendiang John Candy memainkan peranan utama sebagai Neal Page dan Del Griffith, yang mana mereka berdua terpaksa menggembara bersama-sama untuk pulang ke rumah sebelum perayaan Thanksgiving setelah penerbangan mereka dibatalkan secara tiba-tiba. Sepanjang 3 hari perjalanan, mereka berhadapan dengan pelbagai insiden yang memalukan.

Selepas dilancarkan pada 1987, filem ini segera mendapat ulasan yang cukup positif dan menjadi antara filem komedi terbaik yang pernah dihasilkan sehinggakini.

Related posts

Luke Evans Sertai Tom Hanks Dalam Filem Disney+ “Pinocchio”

Kakimuvee

“Thor: Love and Thunder” Telah Mulakan Penggambaran Di Australia

Kakimuvee

Warner Bros. Tetapkan Tarikh Tayangan Filem Seram Arahan James Wan “Malignant”

Kakimuvee

John Boyega & Robert De Niro Bergandingan Dalam Filem Terbaru Netflix “The Formula”

Kakimuvee

Sony Umum Tarikh Tayangan “Escape Room 2”

Kakimuvee

Made-For-Theatre Movie ROALD DAHL’S THE WITCHES Premieres Exclusively on HBO GO in Malaysia From This Friday 29 January

Isqandar

Leave a Comment

Add your own review

Rating