Kakimuvee – Portal Informasi Perfileman
Berita

Will Smith Dedah Kenapa Dia Tidak Teruskan Peranan Deadshot Dalam The Suicide Squad

Ketika Warner Bros. Pictures mengumumkan barisan pelakon filem The Suicide Squad arahan James Gunn, ramai peminat tertanya-tanya mengapa Will Smith tidak terlibat dalam filem terbaru, sedangkan beberapa pelakon utama dari filem terdahulu seperti Margot Robbie, kembali meneruskan peranan masing-masing. 

Ketiadaannya dalam filem terbaru Warner Bros. Pictures itu telah menimbulkan spekulasi yang mengatakan Smith enggan mengulangi peranannya sebagai Deadshoot. Namun, setelah beberapa lama, bintang Bad Boy For Life itu tampil memberi penjelasan dan sebab kenapa dia tidak kembali dalam filem reboot arahan James Gunn. 

Semasa menjawab soalan Twitter untuk wawancara video dengan GQ, Smith menjawab seorang peminat yang tertanya-tanya mengapa dia tidak terlibat dalam filem arahan Gunn. 

“Ya, saya sedang berkerja, dan mereka pula sedang bersiap-sedia untuk memulakan penggambaran. Ini adalah masalah jadual,” ujar Smith, sebelum mendedahkan bahawa dia masih berminat untuk meneruskan peranan sebagai Deadshot. 

Perancangan Suicide Squad 2 telah diumumkan sebelum filem pertama dilancarkan. Pengarah David Ayer dan Will Smith dilaporkan kembali untuk filem sekuel, dengan penggambaran dijadualkan bermula pada tahun 2017, sebaik sahaja mereka selesai dengan projek Bright. 

Bagaimanapun, Ayer telah meninggalkan projek tersebut untuk mengarahkan Gotham City Sirens, dan jadual penggambaran Suicide Squad 2 diubah ke tahun 2018 kerana Smith pada ketika itu sedang terlibat dalam projek live-action Aladdin dan filem arahan Ang Lee, Gemini Man. 

Namun, pada Februari 2019, Smith meninggalkan sekuel Suicide Squad disebabkan konflik jadual, dan Idris Elba dibawa masuk untuk menggantikan tempatnya.

Gunn dan Warner Bros. kemudian memutuskan agar Elba membawa watak yang berbeza, iaitu Bloodsport, jadi peluang untuk Smith kembali meneruskan peranannya masih lagi terbuka. 

*The Suicide Squad kini sedang ditayangkan di pawagam tempatan

Related posts

DC FanDome: Video Aquaman and the Lost Kingdom Beri Pandangan Pertama Black Manta

Kakimuvee

DC FanDome: HBO Max Lancar Trailer Peacemaker, Tarikh Tayangan Diumumkan

Kakimuvee

DC FanDome: Video Shazam! Fury of the Gods Tunjuk Lucy Liu & Helen Mirren Sebagai Penjahat

Kakimuvee

DC FanDome: Trailer Black Adam Pamer Dwayne Johnson Sebagai Anti-Hero Utama

Kakimuvee

DC FanDome: Lebih Dari Satu Flash Serta Supergirl & Batman, Antara Yang Digoda Dalam Trailer Pertama The Flash

Kakimuvee

DC FanDome: Trailer The Batman Papar Sisi Gelap Robert Pattinson Sebagai Bruce Wayne

Kakimuvee

Leave a Comment