Kakimuvee – Portal Informasi Perfileman
Berita

Will Poulter Secara Rasmi Sertai Guardians of the Galaxy Vol. 3 Sebagai Adam Warlock

Sejak nama Adam Warlock disebut dalam filem kedua Guardians of the Galaxy, ramai peminat mula meletakkan calon pelakon yang sesuai untuk membawa watak komik Marvel terkenal itu. Dan kini, segala teka-teki dan khabar angin media mahupun peminat sudahpun berakhir selepas pengarah James Gunn mengumumkan pelakon yang akan memainkan peranan tersebut. 

Menerusi perkongsian di media sosial Twitter, James Gunn mendedahkan bahawa bintang Maze Runner, Will Poulter akan menyertai Guardians of the Galaxy Vol. 3 sebagai Adam Warlock. 


Khabar angin mengenai penyertaan Poulter sebagai Adam Warlock sudah berputar di media-media hiburan sejak hujung minggu yang lalu. Kebiasaannya, James Gunn akan memberi reaksi kepada setiap khabar angin yang ditimbulkan blog atau website hiburan, tetapi ketiadaan respon mengenai laporan Poulter telah meninggalkan tanda tanya kepada peminat.

Gunn akhirnya mengeluarkan satu perkongsian yang mengesahkan penglibatan Poulter dalam filem GOTG Vol. 3 yang akan datang. 

Gunn dan eksekutif Marvel Studios dilaporkan sudah memulakan pencarian pelakon untuk peranan Adam Warlock pada akhir bulan Ogos yang lalu, dengan beberapa nama telah disenarai pendek, termasuklah Rege-Jean Page dan George MacKay.

Adam Warlock pertama kali digoda dalam salah satu babak pasca-kredit Guardians of the Galaxy Vol. 2 pada 2017, dimana kita melihat Pendeta Tertinggi Sovereign, Ayesha (Elizabeth Debicki) memperkenalkan pod kelahiran yang mengandungi “langkah seterusnya dalam evolusi kami,” yang dia namakan Adam.

Bagaimana watak ini akan mempengaruhi plot GOTG Vol. 3 masih belum dapat diketahui, tetapi kita boleh beranggapan bahawa dia mungkin akan membalas dendam terhadap Guardians bagi pihak Ayesha. 

Butiran plot GOTG Vol. 3 masih lagi disimpan rapi, tetapi kita mengentahui bahawa Gamora akan memainkan peranan besar dalam filem yang akan datang, dan hubungannya dengan Nebula akan menjadi fokus utama. Apapun kita nantikan perkembangan terbaru dari James Gunn di masa hadapan.

Produksi Guardians of the Galaxy Vol. 3 akan bermula pada November ini, dan akan menemui penonton pada 5 Mei 2023.

Strim Guardians of the Galaxy Vol. 2

Related posts

[VIDEO] “Kutip RM12.2 Juta, Tapi “Mat Kilau” Masih Belum Untung” – Mawi Beri Penjelasan

Kakimuvee

[VIDEO] Nathalie Emmanuel Terperangkap Dalam Perkahwinan Pontianak Dalam Trailer “The Invitation”

Kakimuvee

HBO Dedah Poster Rasmi “House of the Dragon”

Kakimuvee

Temuera Morrison Teruja Dapat Muncul Dalam Siri “Obi-Wan Kenobi”

Kakimuvee

Muat Naik Klip “Mat Kilau” Di TikTok, Syamsul Yusof Beri Amaran – Padam Atau Dikenakan Tindakan Saman

Kakimuvee

Disney Sahkan Kedudukan “Doctor Strange 2” Dalam ‘Timeline MCU’

Kakimuvee

Leave a Comment