Official TrailerSiri TV

“Wherever I go, he goes” Saksikan Trailer The Mandalorian Musim Ke-2 Disini

Views

Disney dan Lucasfilm telah mendedahkan trailer The Mandalorian musim ke-2 yang menampilkan pandangan pertama dunia baru yang dilawati oleh pahlawan Mandalorian dan The Child. Turut dipaparkan adalah kemunculan semula Jedi. Anda boleh saksikn trailer dibawah. 

Pendedahan terkini musim kedua The Mandalorian menyaksikan Temuera Morrison kembali sebagai Boba Fett, Katee Sackhoff sebagai Bo-Katan dan penampilan pertama Ahsoka Tano dalam siri live action. Bintang Zombieland: Double tap, Rosario Dawson dilaporkan bakal memainkan peranan sebagai Ahsoka Tano. Turut menyertai barisan pelakon musim kedua adalah Timothy Olyphant. 

Selain itu juga, beberapa pengarah dilaporkan turut terlibat dalam pembikinan musim kedua, antaranya Robert Rodriguez (Alita: Batlle Angel) dan pengarah Ant-Man, Peyton Reed, serta barisan pengarah dari musim lalu iaitu Rick Famuyiwa (Dope), Dave Filoni, Carl Weathers dan Jon Favreau (The Lion King).

Selepas kisah Jango dan Boba Feet, satu lagi pahlawan telah muncul dalam dunia Star Wars. The Mandalorian ditetapkan selepas kejatuhan Empire dan sebelum bangkitnya First Order. Penonton akan mengikuti penggembaraan pahlawan tunggal menuju ke galaksi yang jauh dari kekuasaan New Republic. 

Pedro Pascal memainkan peranan utama sebagai The Mandalorian, dan disertai Gina Carano yang memainkan peranan sebagai Cara Dune, bekas Rebel Shock Trooper yang menghadapi masalah untuk bergaul dalam masyarakat; serta Carl Weather sebagai Greef, ketua kumpulan pemburu upahan yang mengupah The Mandalorian untuk menjalankan tugas tertentu. 

The Mandalorian akan memulakan episod pertama pada 30 Oktober ini di Disney+.

 Sumber: Comingsoon.net

Tinggalkan Balasan

shares
Enable Notifications    Ok No thanks