Berita

WHAT IF...? Captain Marvel Dilakonkan Charlize Theron Bukannya Brie Larson

Views

Captain Marvel merupakan antara karakter adiwira yang dinanti-nantikan peminat untuk muncul dalam Marvel Cinematic Universe (MCU).

Selepas beberapa tahun berspekulasi, filem pertama Captain Marvel akhinya diumumkan dengan pelakon Brie Larson dipilih untuk memain watak itu.

Kemunculan Captain Marvel dalam MCU memberikan kejayaan komersial kepada pihak studio apabila filem tersebut berjaya mendapat kutipan melebihi $1 billion dolar. Malah, penampilan dramatiknya dalam filem Avengers: Endgame berjaya membuatkan penonton bersorak.

Walaubagaimanapun, tidak banyak penonton suka dengan pemilihan Brie Larson sebagai Carol Danvers aka Captain Marvel. Rata-rata penonton menyifatkan Larson agak 'kayu' dan tidak cukup 'badass' dalam membawakan  watak adiwira itu

Bagaimana jika watak itu dilakonkan oleh pelakon selain Brie Larson? .. mungkin Charlize Theron?

Pereka grafik terkenal Bosslogic telah kongsikan 'Fan Art' yang memaparkan Charlize Theron sebagai Captain Marvel. Apa yang menariknya, ruang komen dipenuhi dengan sokongan peminat yang mahu Theron menjadi Captain Marvel.

Tidak dinafikan, Theron sangat sesuai dalam memainkan peranan sebagai Captain Marvel memandangkan dia sangat terkenal dalam filem-filem aksi seperti Mad Max: Fury Road, dan Atomic Blonde. Namun watak itu telah diberikan kepada Larson, dan Marvel Studios buat masa ini tidak mempunyai perancangan menggantikan pelakon Captain Marvel.

Mungkin kita dapat melihat Theron dalam MCU dimasa akan datang, cuma... agaknya watak apa yang sesuai dengan latarbelakang Theron sebagai pelakon filem aksi? kongsikan pendapat anda.

Tinggalkan Balasan

shares
Enable Notifications    Ok No thanks