Kakimuvee – Portal Informasi Perfileman
Official TrailerSlot Tempatan

WeTV Malaysia Mempersembahkan Siri Original Pertamanya, VILLA KRISTAL

Siaran Media

WeTV memperkenalkan VILLA KRISTAL kepada sidang media hari ini, sebuah siri drama komedi yang diarah oleh Kabir Bhatia dan Jason Chong.


Hasil kerjasama WeTV dan Revolution Media, VILLA KRISTAL memaparkan kisah kehidupan Hani (Mimi Lana), yang menyamar sebagai menantu seorang ahli politik untuk mencungkil rahsia, drama dan masalah rumah tangga madu-madu dan kekasih-kekasih rahsia VIP terkenal yang mendiami “Villa Kristal”.

Turut menjayakan siri 13-episod ini adalah Tiz Zaqyah yang menyandang watak sebagai seorang usahawan yang berjaya, Mawar Rashid sebagai isteri kedua seorang ustaz yang terkenal dan Jasmine Suraya sebagai seorang bekas pramugari dan guru yoga di Villa Kristal. 

Ketua Pegawai Eksekutif Revolution Media, Zainir Aminullah berkata, “Kami melihat dunia VILLA KRISTAL melalui kanta empat individu yang berpewatakan menarik, masing-masing dengan kekuatan dan kekurangan, sama seperti kita. Dalam menghadapi cubaan dan rintangan hidup, persahabatan mereka tetap utuh dan kukuh.

“Saya berharap agar penonton akan menyukai dan menerima karakter-karakter yang dipersembahkan seadanya, kerana seperti kita, tiada siapa yang sempurna.”

Heng Aik Kuang, Pengurus WeTV Malaysia, pula berkata,  “Kami berasa teruja untuk mempersembahkan karya ini kepada para penonton, hasil gabungan barisan pelakon yang berbakat, cerita asal yang menarik dan kolaborasi bersama studio produksi yang diiktiraf oleh industri.

“Sebagai WeTV Original yang pertama di Malaysia, VILLA KRISTAL menjadi pembuka tirai kepada siri original dan eksklusif dari WeTV khusus untuk penonton tempatan sepanjang tahun ini.”  

VILLA KRISTAL bakal ditayangkan tidak lama lagi di wetv.vip dan aplikasi WeTV.

Related posts

#RekaanRakyat: The Assistant, Kill-Fist, & Ceroboh Mengembangkan Lagi Kandungan Tempatan Di Netflix

Kakimuvee

Siri Asli Disney/Pixar CARS ON THE ROAD Akan Membuat Debut Pada Hari Disney+ Hotstar, 8 September Ini

Kakimuvee

[VIDEO] CAVE RESCUE: Misi Menyelamat Pelajar Yang Terperangkap Dalam Gua Tham Luang

Kakimuvee

Disney+ Hotstar Kongsikan Trailer & Poster Terbaru Siri Star Wars “ANDOR’ Yang Akan Datang

Kakimuvee

“Ejen Ali” Musim 3 Bahagian Kedua Akan Dilancarkan Secara Eksklusif di Disney+ Hotstar Disember Ini

Kakimuvee

Trailer & Poster Rasmi ABANG LONG FADIL 3 Telah Dilancarkan!

Kakimuvee

Leave a Comment