Kakimuvee – Portal Informasi Perfileman
Berita

“Wednesday” Berjaya Cipta Rekod Penstriman Baharu Netflix


Jenna Ortega berjaya membawakan pesona yang mengagumkan sebagai Wednesday Addams dalam siri Netflix baharu arahan Tim Burton, Wednesday. 

Siri remaja berasaskan The Addams Family itu baru sahaja ditayangkan di Netflix pada Rabu yang lalu, dan yang menariknya, ia menjadi kejayaan besar buat Netflix, dengan perkhidmatan penstriman itu mengumumkan bahawa Wednesday telah mencatatkan rekod baharu yang mengagumkan. 

Petikan dari laman Netflix berbunyi, “Wednesday menguasai #1 selepas tayangan perdananya dengan rekod 341.23 juta jam tontonan, dengan lebih 50 juta isi rumah telah menonton siri ini. (341 juta jam tonton dibahagian dengan 6.8 jam – durasi keseluruhan siri ini). 

“Siri ini turut menguasai #1 di 83 buah negara – menyamai rekod Strange Things 4,” ujar Netflix lagi. 

Dengan sambutan yang cukup luarbiasa dari penonton ini, tidak mustahil Netflix akan menyambung musim baharu Wednesday dalam masa yang terdekat. 


Wednesday ialah siri lapan episod yang digambarkan sebagai komedi remaja yang akan menjadi misteri-supernatural. Siri aksi langsung itu diterajui oleh Jenna Ortega (Yes Day) yang juga merupakan projek TV pertamanya sebagai peneraju utama. Dia turut disertai Catherine Zeta-Jones sebagai Morticia Addams, Luis Guzmán sebagai Gomez Addams, Victor Dorobantu sebagai Thing, Isaac Ordonez sebagai Pugsley Addams, dan George Burcea sebagai Lurch.

“Siri ini akan menyaksikan watak utama menjadi pelajar di Akademi Nevermore yang pelik sambil dia cuba menguasai keupayaan psikiknya yang baru muncul,” menurut sinopsis,

“Sambil menggagalkan pembunuhan besar-besaran yang mengganas di bandar tempatan dan menyelesaikan misteri ghaib yang melibatkan ibu bapanya 25 tahun yang lalu — semuanya semasa mengemudi hubungan baru dan sangat kusutnya dari dari pelajar yang aneh dan pelbagai itu.

Selain itu, calon Golden Globe dan Emmy, Christina Ricci juga akan muncul sebagai watak baharu sepenuhnya. Dia terkenal dalam menggambarkan watak Wednesday Addams pada awal 90-an.


Related posts

Zuko Pamer Skil ‘Firebending’ Dalam Klip Video Avatar: The Last Airbender

Kakimuvee

Jumlah Penonton ‘Rebel Moon Part 1’ Di Netflix Telah Didedahkan

Kakimuvee

Dokumentari Jenayah Jho Low MAN ON THE RUN Akan Tayangan Di Netflix Pada Januari Ini

Kakimuvee

Rancangan Realiti Single’s Inferno Akan Kembali Pada 12 Disember Ini

Kakimuvee

Trailer Pertama Sweet Home Musim 2 Telah Didedahkan

Kakimuvee

Trailer Leave the World Behind Menampilkan Barisan Pelakon Bintang

Kakimuvee