Kakimuvee – Portal Informasi Perfileman
Berita

WB Tetapkan Tarikh Tayangan Remake “Train To Busan”, “Blue Beetle” Tidak Akan Dilancarkan Di HBO Max

Warner Bros. Pictures memutuskan untuk menukar cara pengendaran filem aksi-langsung DC Blue Beetle arahan Angel Manuel Soto yang akan datang. Filem terbaru itu pada asalnya akan dilancarkan di HBO Max, namun pihak studio menukarnya dari penstriman ke tayangan pawagam eksklusif. Blue Beetle kini ditetapkan tayangan pada 18 Ogos 2023.

Filem Blue Beetle akan diarahkan oleh Angel Manuel Soto (Charm City Kings) manakala lakon layar ditulis oleh Gareth Dunnet-Alcocer (Miss Bala). Bintang Cobra Kai, Xolo Maridueña akan memainkan peranan sebagai Jaime Reyes, remaja Latin yang mengambil mantle adiwira Blue Beetle. 

Sementara itu, Warner Bros. turut mengumumkan tarikh tayangan untuk lima lagi filem yang akan datang, daripada jadual tayangan pawagam 2023/2024 dan filem-filem terbaru HBO Max untuk tahun 2022.

Pihak studio akhirnya menetapkan tarikh tayangan pawagam untuk ‘remake’ Train to Busan yang diterbitkan oleh James Wan. Filem bertajuk The Last Train to New York kini ditetapkan tayangan pada 21 April 2023. Tidak banyak butiran lanjut mengenai pembuatan semula AS itu, namun filem seram tersebut akan diarahkan oleh pengarah Indonesia, Timo Tjahjanto dan ditulis oleh Gary Dauberman.

Filem animasi arahan Alex Timbers, Toto – yang menceritakan kisah Wizard of Oz dari pandangan mata anjing Dorothy – akan dilancarkan pada 2 Februari 2024. Lakon layar Toto ditulis oleh John August manakala Derek Frey sebagai penerbit. 

Bagi kemas kini baharu untuk jadual pelancaran HBO Max pada tahun hadapan, pihak studio mendedahkan bahawa, filem arahan Megan Park, The Fallout akan ditayangkan pada 27 Januari 2022, manakala filem thriller arahan Steven Soderbergh, KIMI dan filem romantik komedi Moonshot arahan Christopher Winterbauer, akan membuat debut pada 10 Februari 2022 dan 24 Mac 2022.   

Related posts

Jumlah Penonton “Daredevil” Di Netflix Melonjak Susulan Tayangan “Spider-Man: No Way Home” & “Hawkeye”

Kakimuvee

‘Deleted Scene’ “Hawkeye” Bocor Di Media Sosial, Menampilkan Kingpin & Clint Barton Sewaktu Kecil

Kakimuvee

[TRAILER] Fistful of Vengeance: Iko Uwais Terajui Filem ‘Standalone’ “Wu Assassins”

Kakimuvee

Siri Godzilla & Titans Akan Dihasilkan Di Apple TV+

Kakimuvee

“The Batman” Mungkin Berdurasi Hampir 3 Jam

Kakimuvee

Robert Pattinson Sedang Dalam Rundingan Untuk Bintangi Filem Terbaru Dari Pengarah Bong Joon Ho

Kakimuvee

Leave a Comment