Kakimuvee – Portal Informasi Perfileman
BeritaVideo

WB Lancar Babak Pembuka “The Batman”, Kini Tersedia Di HBO


Sempena tayangan filem The Batman di perkhidmatan streaming HBO Max dan HBO, Warner Bros. Pictures telah mendedahkan babak pembuka filem blockbuster arahan Matt Reeves itu.

Video tersebut, yang mungkin ramai peminat filem telah menontonnya, bermula dengan pengenalan Riddler lakonan Pau Dano yang menakutkan, ketika dia membunuh Datuk Bandar Gotham. Ia juga menampilkan Dark Knight, yang kini telah menjad simbol ketakutan di tengah-tengah bandar, bersembunyi dalam bayang-bayang ketika dia memilih penjenayah yang tepat untuk ditewaskan. 

Anda boleh tonton video tersebut dibawah:

Dua tahun mengintai di jalanan sebagai Batman (Robert Pattinson), menimbulkan ketakutan ke dalam hati penjenayah, telah membawa Bruce Wayne jauh ke dalam bayang-bayang Kota Gotham. Dengan hanya beberapa sekutu yang dipercayai – Alfred Pennyworth (Andy Serkis), Lt. James Gordon (Jeffrey Wright) – antara rangkaian pegawai dan tokoh berprofil tinggi yang korup, satu-satunya penjaga kota Gotham itu telah mewujudkan dirinya sebagai penjelmaan dendam sesama warganegara.

Apabila seorang pembunuh menyasarkan golongan elit Gotham dengan beberapa siri muslihat sadis, jejak petunjuk yang samar telah menghantar Detektif Terhebat Dunia dalam penyiasatan jauh ke dunia bawah tanah, di mana dia bertemu dengan watak seperti Selina Kyle/aka Catwoman (Zoë Kravitz), Oswald Cobblepot/aka Penguin (Colin Farrell), Carmine Falcone (John Turturro), dan Edward Nashton / a.k.a. the Riddler (Paul Dano). 


Ketika bukti mula membawa lebih dekat ke rumahnya dan skala rancangan pelaku menjadi jelas, Batman mesti menjalin hubungan baharu, membuka topeng pelakunya, dan membawa keadilan kepada penyalahgunaan kuasa dan rasuah yang telah lama melanda Kota Gotham.

Robert Pattinson (Tenet, The Lighthouse) membawa watak utama sebagai Batman, dan dia turut disertai Zoë Kravitz (Big Little Lies, Fantastic Beasts: The Crimes of Grindelwald) sebagai Selina Kyle; Paul Dano (Love & Mercy, 12 Years a Slave) sebagai Edward Nashton; Jeffrey Wright (No Time to Die, Westworld) sebagai James Gordon dari GCPD; John Turturro ( Transformers, The Plot Against America) sebagai Carmine Falcone; Peter Sarsgaard (The Magnificent Seven, Interrogation) sebagai Gotham D.A. Gil Colson; Jayme Lawson (Farewell Amor) sebagai calon datuk bandar Bella Reál; dengan Andy Serkis (Planet of the Apes , Black Panther) sebagai Alfred; dan Colin Farrell (The Gentlemen, Fantastic Beasts and Where to Find Them) sebagai Oz, aka The Penguin.

Reeves (francais The Planet of the Apes) mengarahkan filem ini daripada lakon layar yang ditulisnya sendiri bersama Peter Craig, berdasarkan watak DC. Batman yang dicipta oleh Bob Kane dengan Bill Finger. Dylan Clark (Planet of the Apes) dan Reeves turut berkhidmat sebagai penerbit, dengan Michael E. Uslan, Walter Hamada, Chantal Nong Vo dan Simon Emanuel sebagai penerbit eksekutif.

Strim atau muat turun The Batman mulai 18 April di HBO GO. Juga nikmati filem Batman lain termasuk Batman v Superman: Dawn of JusticeThe Dark Knight, serta Zack Snyder’s Justice League di HBO GO.

Langgan HBO GO dalam talian di https://www.hbogoasia.my/ atau aplikasi mudah alih melaluiApp Store atau Play Store serendah RM23.30/bulan. Anda juga boleh mengakses HBO GO melalui Astro. HBO GO juga tersedia pada Android TV, Apple TV, LG TV dan Samsung Smart TV – serta dilengkapi dengan fungsi AirPlay dan Google Cast.


Related posts

Nicholas Hoult Akan Memainkan Watak Lex Luthor Dalam Filem Superman: Legacy

Kakimuvee

Produksi The Last of Us Musim 2 Dijangka Bermula Pada Awal 2024

Kakimuvee

Kutipan Taylor Swift: The Eras Tour Jauh Lebih Baik Dari Semua Filem DC Tahun 2023

Kakimuvee

DCU: Semua Pelakon ‘Justice League’ Tidak Akan Mengulangi Peranan Masing-Masing

Kakimuvee

Todd Phillips Kongsikan Gambar Terbaru Joker 2 Yang Menampilkan Joaquin Phoenix

Kakimuvee

Siri Reboot Harry Potter Akan Teroka Buku-Buku Asal Dengan Lebih Mendalam

Kakimuvee