Kakimuvee – Portal Informasi Perfileman
Berita

WB Dilihat Seperti ‘Tidak Ambil Kisah’ Mengenai Penahanan Terbaru Ezra Miller


Masih belum reda dengan kes tangkapan Ezra Miller kerana membuat kelakuan tidak senonoh di sebuah bar di Hawaii beberapa minggu yang lalu, bintang The Flash itu ditangkap sekali lagi baru-baru ini kerana menyerang seorang wanita. 

Setakat ini tidak diketahui apakah hukuman yang bakal diterima Miller selepas dilaporkan melempar sebuah kerusi kepada seorang wanita berusia 26 tahun itu pada 19 April yang lalu. Tetapi, apa yang pasti, perbuatannnya itu akan menjejaskan karier lakonannya di Hollywood. 

Miller tidak hadir pada tayangan perdana Fantastic Beasts: The Secrets of Dumbledore, sedangkan wataknya sangat penting dalam filem ketiga itu. Ketiadaannya di majlis tayangan perdana itu menimbulkan spekulasi mengenai masa depannya bersama Warner Bros. 

Antara yang hangat diperkatakan adalah sama ada Miller akan dikekalkan sebagai pelakon watak utama The Flash. 

Bagi Warner Bros., agak mustahil untuk menggantikan Miller kerana The Flash telahpun selesai menjalani penggambaran. Sebaliknya, pihak studio berharap pekara ini akan segera berakhir dan mahu Miller tidak membuat sebarang kontroversi lagi. 


Menurut Deadline (via comicbookmovie), mereka telah “mendengar bahawa Warner Bros. tidak pernah ‘mengeluh’ dengan tajuk utama yang melibatkan nama Miller.

Dia tidak lagi komited untuk muncul dalam mana-mana filem ‘Fantastic Beasts’, dan ‘The Flash’ tidak akan ditayangkan dalam masa terdekat sehingga musim panas yang akan datang, iaitu pada 23 Jun 2023. Filem itu ditunda buat masa ini, dan tiada perancangan untuk menjadualkan semula filem itu, atau mengubahnya ke platform streaming HBO Max.”

Walaupun sudah dua kali ditahan polis kerana membuat gangguan dan menyerang orang awam, Warner Bos. seolah-olah tidak mengambil sebarang tindakan atau ‘tidak ambil kisah’ terhadap bintang The Flash itu. Tiada sebarang kenyataan dikeluarkan wakil studio mengenai masa depan Miller bersama mereka. 

Ini agak berbeza dengan apa yang berlaku pada Johnny Depp yang disingkirkan dari peranannya dalam francais Fantastic Beasts. Ini bukan kali pertama Warner Bros. membuat tindakan berat sebelah, kerana Amber Heard masih kekal dalam francais Aquaman. 

Pada masa ini, Miller jelas sekali kekal sebagai ‘Speedster’ DCEU.


Related posts

Penonton Antarabangsa Beri Pulangan Besar Pada ‘Aquaman 2’

Kakimuvee

Dune: Part Two Menjadi Filem Arahan Denis Villeneuve Paling Panjang

Kakimuvee

Todd Phillips Kongsikan Gambar Terbaru Joker 2 Yang Menampilkan Joaquin Phoenix

Kakimuvee

Siri Reboot Harry Potter Akan Teroka Buku-Buku Asal Dengan Lebih Mendalam

Kakimuvee

Trailer Aquaman and the Lost Kingdom Pratonton Filem Terakhir DCEU

Kakimuvee

Filem Lakonan Shin Hye-Sun & Kim Sung-Kyun Akan Ditayangkan Di Pawagam Tempatan Pada 28 September Ini

Kakimuvee