Kakimuvee – Portal Informasi Perfileman
Official Trailer

WB Animation Lancar Trailer “Batman: The Long Halloween Part One”

Warner Bros. Animation telah melancarkan trailer pertama filem animasi Batman: The Long Halloween Part One. Filem Part One akan tersedia di platform digital dan versi Blu-Ray pada musim panas ini, manakala Part Two pada musim luruh. Anda boleh tonton trailer tersebut di pemain video dibawah. 

Jensen Ackles (Supernatural) akan membuat debut sebagai Batman / Bruce Wayne. Dia sebelum ini pernah menyuarakan watak The Red Hood / Jason Todd dalam Batman: Under the Red Hood. Selina Kyle / Catwoman disuarakan oleh mendiang Naya Rivera (Glee).

Filem ini turut dibintangi Josh Duhamel (Transformers) sebagai Harvey Dent, Billy Burke (Twilight) sebagai James Gordon, Titus Welliver (Deadwood) sebagai Carmine Falcone, David Dastmalchian (The Suicide Squad) sebagai Calendar Man, Troy Baker (Batman: Arkham Knight) ) sebagai Joker, Amy Landecker (Transparent) sebagai Barbara Gordon, Julie Nathanson (Call of Duty: Black Ops Cold War) sebagai Gilda Dent, Jack Quaid (The Boys) sebagai Alberto, Fred Tatasciore (Family Guy) sebagai Solomon Grundy dan Alastair Duncan (Franchise Batman Unlimited) kembali meneruskan peranannya sebagai Alfred.

Kisah klasik ciptaan Tim Sale dan Jeff Loeb, The Long Halloween akan mengikuti zaman awal Batman ketika dia membanteras jenayah. Selepas rentetan pembunuhan bermula pada Halloween, Batman bekerjasama dengan Kapten Polis James Gordon dan Peguam Daerah Harvey Dent. Mereka bekerjasama untuk menjatuhkan The Roman, ketua kepada keluarga Falcone yang terkenal, tetapi ketika semakin banyak pembunuhan pada musim percutian, mereka menyedari bahawa mereka juga berurusan dengan pembunuh bersiri. Filem animasi ini menangani jalan cerita yang sangat dinanti-nantikan, dan dikhabarkan juga berfungsi sebagai inspirasi bagi The Batman arahan Matt Reeves

Pengarah Chris Palmer (Superman: Man of Tomorrow) menerajui Batman: The Long Halloween: Part One berdasarkan lakon layar yang ditulis oleh Tim Sheridan (Superman: Man of Tomorrow). Filem ini diterbtikan Warner Bros. Animation, DC dan Warner Bros. Home Entertainment. Berkhidmat sebagai penerbit adalah Jim Krieg (Batman: Gotham by Gaslight) dan Kimberly S. Moreau (Batman vs. Teenage Mutant Ninja Turtles).

Related posts

Filem Live-Action ‘Tokyo Revengers’ Akan Tiba Di Pawagam Tempatan Pada 9 Disember Ini

Kakimuvee

Trailer ‘Marabahaya Underground’ Menjanjikan Aksi Perlumbaan Kereta Yang Menarik

Kakimuvee

Filem Yang Mewakili Malaysia Ke Oscar, ‘Prebet Sapu’ Akan Ditayangkan Di Pawagam 16 Disember Ini

Kakimuvee

Doctor Strange Bertemu Doc Ock Dalam TV Spot Terbaru Spider-Man: No Way Home

Kakimuvee

Lee Dong Wook dan Wi Ha Joon Mempamerkan ‘Bromance’ Mendebarkan Dalam Teaser “Bad And Crazy”

Zulaikha

Strim DUNE Di HBO GO Mulai 2 Disember

Kakimuvee

Leave a Comment