Kakimuvee – Portal Informasi Perfileman
Berita Siri TV

Watchmen Boleh Ditonton Di Saluran Astro Astro Ch 411/ 431 HD Mulai 21 Oktober Ini

Bagi peminat-peminat komik dan filem Watchmen, anda berpeluang menyaksikan siri televisyen tersebut di Astro saluran CH 411 / 431 HD mulai 21 Oktober ini jam 9 pagi, manakala siaran ulangan akan bermula jam 10 malam hari yang sama.

Episod baru akan mula bersiaran setiap hari Isnin, waktu yang sama. Selain itu juga, anda boleh menonton siri ini laman HBO GO pada tarikh dan waktu yang sama.

Ditetapkan dalam dunia realiti yang berlainan dimana ‘superhero’ dianggap sebagai penjenayah kerana kaedah mereka yang agak ganas. Walaupun demikian, terdapat daripada mereka ingin memulakan revolusi dan yang lain keluar untuk menghalangnya sebelum terlambat.

Watchmen dibintangi Jeremy Irons sebagai Ozymandias, Regina King, Don Johnson, Louis Gossett Jr., Tim Blake Nelson, Adelaide Clemens, Andrew Howard, Frances Fisher, Jacob Ming-Trent, Yahya Abdul-Mateen I, Sara Vicker, Tom Mison, Jean Smart, dan James Wolk.

Damon Lindelof bertindak selaku pencipta siri, penulis skrip, showrunner dan penerbit eksekutif Watchmen. Tom Spezialy, Stephen Williams, dan Joseph Iberti turut bertindak selaku penerbit eksekutif manakala Nicole Kassell akan mengarahkan siri pilot.

https://youtu.be/1yKq1PRvPJQ

Related posts

Penggembaraan Terbesar Chip & Dale Dalam Trailer Rasmi “Chip ‘N’ Dale: Park Life”

Kakimuvee

Trailer Malignant Previu Filem Seram Thriller Terbaru James Wan

Kakimuvee

Netflix Dedah Teaser & Gambar Terbaru “The Witcher: Nightmare of the Wolf”

Kakimuvee

Antonio Banderas Sertai Harrison Ford Dalam “Indiana Jones 5”

Kakimuvee

“Black Widow” Lepasi AS$260 Juta Seluruh Dunia, “F9: The Fast Saga” Semakin Menghampiri AS$600 Juta

Kakimuvee

Trailer Terakhir “Snake Eyes: G.I. Joe Origins” Berikan Lebih Banyak Aksi & Rakaman Terbaru

Kakimuvee

Leave a Comment