Kakimuvee – Portal Informasi Perfileman
Trivia

Watak-Watak Adiwira Remaja MCU Yang Bakal Membentuk “Young Avengers”

Marvel Studios mula mengangkat beberapa watak superhero remaja ke versi ‘live-action’, sama ada debut dalam siri televisyen ataupun filem. Peminat sudah lama berspekluasi mengenai kumpulan superhero remaja Marvel, bermula dari debut pertama Cassie Lang dalam filem Ant-Man. 

Dan, keseriusan Marvel Studios menguatkan lagi tanggapan peminat yang kumpulan superhero baru, khususnya generasi baru, bakal mengambil-alih tugas superhero-superhero dewasa. Buat masa ini kita hanya mampu berspekulasi, tetapi watak-watak baru yang diperkenalkan oleh studio, seolah-olah membawa kepada pembentukan kumpulan superhero yang akan dikenali sebagai “Young Avengers”.

Ms. Marvel / Kamala Khan (Iman Vellani)

Kamala Khan bukanlah ahli Young Avengers, sebaliknya dia merupakan ketua kepada satu lagi kumpulan superhero remaja Marvel yang dikenali sebagai “Champion”. Walau bagaimanapun, MCU mungkin hanya menghadkan generasi superhero baru kepada satu kumpulan sahaja.

Ms. Marvel berkemungkinan besar akan memfokuskan kehidupan Kamala yang mengagumi idolnya, Captain Marvel (Brie Larson), dan menyesuaikan diri dengan kemampuan barunya sebelum menyertai “Young Avengers”. Kekuatannya adalah campuran superelastik, kemampuan untuk bentuk, dan perubahan saiz, dalam erti kata lain, dia memiliki kehebatan Mystique, Mr. Fantastic, dan Ant-Man.

Hawkeye / Kate Bishop (Hailee Steinfeld)

Satu-satunya ahli “Young Avengers” yang tiada kaitan dengan superhero terdahulu. Tiada ‘superpower’, hanya skill seperti mentornya, Hawkeye. Dalam komik, Clint Barton menggambil Kate menjadi anak muridnya dan melatih sehingga dia menjadi ‘sharpshooter’ dalam ‘Avengers’. Malah, Barton juga memberikan gelaran Hawkeye kepada Kate.

Hailee Steinfeld membintangi siri Disney+ Hawkeye disamping Jeremy Renner, dan selepas rancangan tersebut, dijangkakan Kate Bishop akan menyertai “Young Avengers” dan menjadi salah seorang anggota yang paling aktif.

Cassie Lang / Stature (Kathryn Newton)

Cassie Lang membuat debut pertama dalam MCU menerusi filem Ant-Man. Pertama kali diperkenalkan sebagai kanak-kanak lakonan Abby Ryder Fortson, dan dia berubah menjadi seorang remaja (lakonan Emma Furhmann) dalam filem Avengers: Endgame. 

Dalam komik, Cassie meneruskan legasi ayahnya sebagai Stature, dan menyertai “Young Avengers” bersama-sama rakan baiknya, Kate Bishop. Pelakon Katryn Newton akan memainkan peranan sebagai Cassie Lang dalam filem  Ant-Man and the Wasp: Quantumania.

Riri Williams / Ironheart (Dominique Thorne)

Seperti Kamala Khan, Ironheart adalah ahli kumpulan superhero remaja “Champions”. Seperti yang dikatakan diatas, MCU mungkin menghadkan satu kumpulan superhero baru sahaja, dan siri Disney+ Ironheart mungkin memfokuskan penciptaan sut armor oleh Riri Williams, sebelum dia menyertai “Young Avengers”

Dalam versi komik, Tony Stark mendengar kejayaan Williams mencipta sut armor, dan menyokong usahanya untuk menjadi superheroin. Pelakon Dominique Thorne telah dipilih untuk membawa watak pencipta genius, Riri Williams.

America Chavez / Miss America (Xochitl Gomez)

Penyertaan Xochitl Gomez sebagai America Chavez dalam filem Doctor Strange in the Multiverse of Madness menguatkan lagi spekulasi peminat tentang kewujudkan “Young Avengers” dalam MCU.

Kekuatan America berkait rapat dengan ‘multiverse’, kerana dia mampu membuka portal ke alam lain dengan hanya tendangnya. Bukan itu sahaja, kekuatan ‘super’nya yang lain seperti bergerak hampir selaju cahaya, dan letusan tenaga yang kuat memudahkannya untuk menjadi salah satu karakter terkuat MCU dimasa hadapan.

Siapa lagi yang mungkin diperkenalkan Marvel Studios?

Iron Lad – Jonathan Majors disahkan membawa watak Kang the Conqueror, villain utama dalam filem Ant-Man and the Wasp: Quantumania. Kang the Conqueror adalah ‘hint’ kepada pembentukan “Young Avengers”. 

Dalam komik, Iron Lad – versi muda Kang sebelum dia menjadi villain – telah pergi ke masa lampau dan membentuk “Young Avengers”. Namun ahli-ahli Young Avengers menghadapi dilema selepas menyedari anggota pasukan mereka ditakdirkan untuk menjadi penjahat. Kang the Conqueror merupakan musuh ketat Young Avengers.

Thomas Shepherd & William Kaplan – Thimas Shepherd / Speed dan Williams Kaplan / Wiccan adalah dua ahli utama “Young Avengers”. Walaupun tiada sebarang berita mengenai pelakon yang akan memainkan dua watak ini, MCU mula memberi petunjuk kewujudan mereka dalam trailer siri Disney+ WandaVision. 

Dalam trailer tersebut, Wanda (Elizabeth Olsen) dan Vision (Paul Bettany) dilihat memegang dua anak kembar – dipercayai Speed dan Wiccan. Berkemungkinan besar, WandaVision dan Doctor Strange in the Multiverse of Madness akan menceritakan lebih lanjut mengenai dua superhero remaja itu sebelum mereka mendapat siri tv sendiri (atau muncul dalam filem) dan menyertai “Young Avengers”.

Kid Loki – Tidak lengkap “Young Avengers” tanpa Kid Loki. Awal tahun ini, terdapat laporan bahawa Kid Loki akan diperkenalkan dalam episod terakhir siri Loki dan menjadi sekutu Thor dalam Thor: Love and Thunder. 

Pelakon Finn Wolfhard pernah dikaitkan dengan watak Kid Loki, namun sehinggakini masih belum ada berita mengenai salah seorang ahli “Young Avengers” ini. Bagaimanapun melihatkan siri Loki akan membawa penonton ke realiti alternatif, tidak mustahil karakter superhero remaja itu akan membuat kemunculan dalam MCU. 

Related posts

The Conjuring, Inception, Space Sweepers Antara Yang Menarik Di Netflix Februari Ini

Kakimuvee

19 Filem Korea Yang Berdasarkan Kisah Sebenar

Kakimuvee

EIGHT THINGS YOU DIDN’T KNOW ABOUT THE MAKING OF ROALD DAHL’S THE WITCHES

Isqandar

5 Characters From Your Favourite Shows That Would Form the Ultimate Heist Crew

Zulaikha

Video Rendering 3D ini Menjelaskan Finale ‘Tenet’ Yang Membingungkan.

Kakimuvee

Nak Cari Filem Seram Korea? Ini 12 Filem Yang Harus Anda Tonton [Part 2]

Kakimuvee

Leave a Comment