Lagi beberapa bulan sahaja lagi filem DCEU, filem Wonder Women bakal ditayangkan dipawagam diseluruh dunia, tetapi tahukah anda siapakah villian dalam filem tersebut? Sebenarnya ramai yang tidak tahu kerana pihak DCEU dikatakan masih merahsiakan watak utama tersebut.
Namun baru-baru ini, sebuah laman hiburan Perancis, Les Toiles Héroïques telah mendedahkan siapakah watak villian dalam filem Wonder Women dan peranannya dalam filem tersebut.
Difahamkan, Ares bakal menjadi villian dalam filem lakonan Gal Gadot itu. Ares merupakan salah satu dewa dalam mythology Greek, karakter yang suka kepada peperangan dan kekacauan.
Laman web berkenaan juga mendedahkan plot dan tujuan karakter tersebut dalam filem Wonder Women. Menurut mereka, Ares akan mempergunakan Steve Trevor (Lakonan Chris Pine) untuk mencuri salah satu dokumen sainstifik dan menyerahkan kepadanya supaya Ares dapat menggunakan dan mencipta gas beracun.
Bagaimanapun, pendedahan dari laman web berkenaan masih belum disahkan oleh pihak studio samada Ares benar menjadi watak villian dalam filem ini ataupun tidak.
Menurut komik, Ares dikatakan cemburu dengan manusia yang dicipta oleh Zues dan obses untuk membawa kemusnahan kepada manusia dengan memberi mereka peperangan. Dia sentiasa ditentang oleh golongan Amazonians dan telah dihantar ke planet Mars. Dia merupakan musuh kepada Wonder Women dan juga para dewa-dewa lain.
Sebagai karakter yang berstatus dewa, Ares memiliki kuasa yang luar biasa seperti kekuatan, kelajuan dan agiliti. Malah Ares dikatakan mampu menyerap tenaga apabila berlaku kekacauan, pertumpahan darah dan keganasan. Dari situ, ia akan memberi kuasa extra dan mampu menyembuhkan lukanya.
Dia juga boleh memanggil makhluk underworld untuk membantunya dan imun dengan senjata manusia. Tetapi dia boleh terkesan dengan senjata yang digunakan untuk membunuh para dewa atau dikenali sebagai “god-killer sword”
.@WonderWomanFilm star @GalGadot steals "god killer" sword in exclusive new photo: https://t.co/D2mwQ9Sp6T #WonderWoman pic.twitter.com/tdiRVggM2R
— Entertainment Weekly (@EW) December 22, 2016
Untuk pengentahuan korang, Wonder Women memiliki senjata tersebut.
Wonder Women akan ditayangkan pada 2 Jun 2017