Kakimuvee – Portal Informasi Perfileman
Berita

Watak ‘Taik’ Filem The Emoji Sebab Jordan Peele Berhenti Berlakon

Pengarah filem Get Out, Jordan Peele mendedahkan, sebab utama beliau berhenti berlakon dan menceburi bidang pengarahan adalah disebabkan tawaran untuk berlakon dalam filem The Emoji.

Menurut pengarah itu lagi, pengarah filem animasi berkenaan telah menawarkan watak ‘Poop’ yang merupakan emoji berbentuk ‘taik’ kepadanya.

“The Emoji Movie actually helped me quit acting. I was offered the role of Poop. This is true. I would not make this up.”

Peele bagaimanapun tidak terus menerima watak tersebut, tetapi sebaliknya balik ke rumah terlebih dahulu dan tidur sebelum memanggil pengurusnya untuk mengentahui berapa jumlah bayaran yang bakal diterima beliau sekiranya membawakan watak ‘taik’ tersebut.

Bagaimanapun, watak tersebut telah disambar oleh pelakon filem X-Men, Sir Patrick Stewart dan selepas filem berkenaan dikeluarkan, ia menerima kritikan teruk dari para pengkritik dengan hanya mendapat 6% rating dari Rottentomatoes.

Jordan Peele bukanlah nama asing dalam dunia filem animasi kerana beliau pernah membawakan watak Beta Wolf dalam filem Stork dan Melvin Sneedly dalam filem Captain Underpants.

Persaraannya dari dunia lakonan dan menceburi bidang pengarah nyata tidak sia-sia apabila filem arahan pertamanya Get Out telah mendapat pujian meluas dari para pengkritik dan penonton filem, malah nama beliau juga telah tercalon dalam beberapa anugerah utama dan yang terbaru dalam kategori Pengarah Terbaik Anugerah Academy yang bakal berlangsung tidak lama lagi

Related posts

“Guardians of the Galaxy Vol. 3” Akan Menjadi Yang Terakhir Buat Pasukan Superhero Galaksi MCU

Kakimuvee

Poster Terbaru “The Batman” Mempamerkan Penguin dan Riddler

Kakimuvee

“Mortal Kombat 2” Kini Sedang Dibangunkan, Jeremy Slater Jadi Penulis

Kakimuvee

Dwayne Johnson Bangunkan Filem Adaptasi Permainan Video Terbaru

Kakimuvee

Spin-Off “A Quiet Place” Ditunda Ke Tarikh Baru

Kakimuvee

[VIDEO] Ben Mendelsohn, Cobie Smulders & Emilia Clarke Kelihatan Di Set Penggambaran “Secret Invasion”

Kakimuvee