Selepas menghasilkan filem Live-Action Beauty and The Beast, Disney kini sedang dalam perancangan untuk menghasilkan live-action filem animasi Aladdin pula. Filem yang baru dalam perancangan ini masih belum memiliki senarai barisan pelakon, tarikh tayangan dan plot filem tetapi mereka sudahpun berbincang dengan seorang pelakon ternama ini untuk membawakan watak Genie, iaitu watak Jin berwarna biru yang tinggal didalam Teko Emas.
Watak Genie dalam siri animasi sebelum disuarakan oleh bekas pelakon terkenal, iaitu mendiangĀ Robin Williams. Watak tersebut adalah diantara watak yang Robbie William yang paling diingati oleh peminat beliau. Sejak kematiannya dan berita pembikinan filem Live Action ini, timbul spekulasi siapakah aktor yang akan menggantikanĀ Robin Williams untuk membawa watak Genie.
Terbaru, laporan dariĀ DeadlineĀ telah mendedahkan, pelakon utama filemĀ Suicide Squad, Will Smith dilaporkan sedang berbincang dengan pihak Disney untuk membawakan watak Genie dalam filem live action itu. Sebelum ini, Smith pernah memberitahu yang dia berminat untuk menyertai filem live actionĀ DumboĀ arahan Tim Burton, namun dia terpaksa melupakannya apabila perbincangannya dengan pihak studio filem berkenaan tidak mendatangkan hasil.
Bagaimanapun, kali ini dilihat, Disney sangat berminat untuk bekerjasama dengan aktor terbabit, cuma kita hanya perlu menunggu perbincangan antara studio terbabit dan pelakon berkenaan berhasil ataupun tidak.
Will Smith merupakan antara pelakon kulit hitam terkenal di Amerika dan banyak membintangi filem-filem Box Office antaraĀ Independence Day, Men in Black, I Am LegendĀ danĀ Suicide Squad.Ā Melihat beliau berlakon dalam filem live-action animasi Aladdin boleh dikatakan agak menarik memandangkan pelakon terbabit pernah menyuarakan hasratnya untuk membawakan watak-watak yang lain dan mencuba sesuatu yang baru.