Kakimuvee – Portal Informasi Perfileman
Berita

Watak Everett Ross Disahkan Bakal Kembali Dalam Filem Marvel Seterusnya

Selepas memberikan satu karakteristik yang cukup menarik dalam filem Black Panther, Martin Freeman yang membawakan watak ejen CIA, Everett Ross mengesahkan beliau akan kembali dalam satu lagi filem Marvel akan datang.

Beliau berkata demikian semasa sedang mempromosikan filem terbaru Marvel Black Panther yang turut dibintangi olehnya.

“They introduced me in Civil War and said there would be a couple of other films, one of which was Black Panther,”

Bintang filem Sherlock dan The Hobbit ini membuat penampilan pertama dalam filem Captain America: Civil War sebagai seorang ejen CIA yang memihak kepada saki baki anggota Avengers yang diketuai oleh Tony Stark. Beliau kemudian menjadi salah seorang watak utama dalam filem Black Panther dan membantu T’Challa menghalang rancangan jahar Erik Killmonger.

Setakat ini peminat mengandaikan Everett Ross bakal muncul dalam filem Captain Marvel memandangkan beliau merupakan seorang bekas juruterbang jet pejuang US (seperti yang diterangkan dalam filem Black Panther) sebelum menyertai CIA. Beliau juga mungkin boleh muncul dalam filem Avengers: Infinity War ataupun Avengers 4, tetapi namanya tiada dalam senarai pelakon kedua-dua filem tersebut, jadi kita terpaksa tunggu dan lihat apakah filem Marvel yang bakal dibintangi oleh aktor tersebut.

Related posts

[VIDEO] James Bond Kembali Lagi Dalam Trailer “No Time to Die”

Kakimuvee

Netflix Dedah Teaser & Poster Filem Prekeuel “Army of Thieves”

Kakimuvee

CARTOON NETWORK RAIKAN HARI KUCING ANTARABANGSA!

Kakimuvee

Penggembaraan Terbesar Chip & Dale Dalam Trailer Rasmi “Chip ‘N’ Dale: Park Life”

Kakimuvee

Trailer Malignant Previu Filem Seram Thriller Terbaru James Wan

Kakimuvee

Netflix Dedah Teaser & Gambar Terbaru “The Witcher: Nightmare of the Wolf”

Kakimuvee

Leave a Comment