Kakimuvee – Portal Informasi Perfileman
Trivia

Watak Cameo Sylvester Stallone Dalam Guardians Of The Galaxy Vol. 2 Didedahkan

Beberapa bulan lepas dikatakan nama pelakon aksi veteran, Sylvester Stallone telah berada didalam barisan para pelakon filem superhero Marvel akan datang iaitu Guardians of the Galaxy Vol. 2 dan sejak dari itu banyak rumor mengenai watak yang bakal dibawa oleh beliau.

Antara rumor paling bertiup kencang adalah beliau akan membawakan watak salah seorang polis galaksi Nova Corps dan juga salah seorang orang kanan Yondu. Namun baru-baru ini, pengarah filem berkenaan, James Gunn telah mendedahkan watak yang bakal dibawa oleh pelakon tersebut. Watak yang dimaksudkan ialah Stakar Ogord atau juga dikenali sebagai Starhawk, watak antihero Marvel dari Earth-691 (Universe Guardians of the Galaxy).

Menurut pengarah James Gunn, “cameo” Stallone dalam filem sangat penting untuk storyline filem-filem Guardians dan juga Marvel universe. Ini bermakna, khidmat Stallone serta watak Starhawk dalam filem-filem Marvel dikatakan sangat penting dan mungkin akan menjadi antara watak utama dalam Marvel Universe khususnya untuk filem-filem Guardians of the Galaxy akan datang.

Bagaimanapun, tugas watak yang bakal dibawa oleh Sylvester Stallone dalam filem ini masih lagi tidak diketahui, namun cameonya pasti ditunggu-tunggu oleh peminat beliau.

Siapakah Stakar Ogord aka Starhawk ini?

Stakar Ogord merupakan separuh manusia dan separuh humaniod (enhanced human), ayahnya ada manusia biasa yang bernama Wendell Vaughn manakala ibunya dikenali sebagai Kismet yang merupakan makhluk cosmic. Dia diculik oleh penjahat yang dikenali sebagai Era selepas dilahirkan oleh ibutnya dan dibuang ke planet Arcturus IV. Dia kemudiannya dijumpa oleh Ogord ketua kumpulan Reavers dan dijadikan anak angkat olehnya. Ogord telah menamakan bayi yang dijumpainya sebagai Stakar Ogord. Stakar Ogord telah dibesarkan sebagai warga planet Arcturus IV. Stakar pernah bergabung badan dengan adik angkatnya, Aleta Ogord sebelum kedua-dua berpisah badan dan berkahwin.

Stakar Ogord juga mendapat kuasa melalui Hawk God dan beliau berkebolehan untuk memanipulasi peristiwa yang yang dirasakannya akan memberikan hasil terbaik di masa akan datang. Dia juga merupakan salah seorang ahli Guardians of the Galaxy dan pernah dibuang oleh pasukan superhero terbabit kerana menyerang salah seorang ahli Guardians of the Galaxy.

Antara abilit lain yang dimiliki oleh Stakar Ogord ini ialah dia mempunyai jangka hayat yang cukup panjang dan memanipulasi cahaya untuk menghasilkan tenaga photonic, haba dan juga cahaya pemusnah. Dia juga boleh terbang dengan kelajuan cahaya serta mempunyai daya penglihatan yang cukup luar biasa. Dia juga mempunyai superhuman Strength dan durabiliti serta mampu melihat masa hadapan (precognition abiliti).

Kostum yang dipakai olehnya juga dibuat dari material makhluk asing dan mempunyai life support system.


Related posts

5 Fakta Menarik Yang Perlu Anda Tahu Mengenai Grogu

Kakimuvee

Kenali Suspek-Suspek Terhebat Dalam “Glass Onion: A Knives Out Mystery”

Kakimuvee

11 K-CONTENT THAT TRULY THRIVED ON NETFLIX IN 2022

Zulaikha

6 Rancangan Korea Yang Akan Menghangatkan Disember Anda

Kakimuvee

8 Pelakon & Pengarah Yang Tidak Lagi Mahu Bekerja Dengan Marvel Studios

Kakimuvee

22 Filem Tempatan Yang Memperoleh Undian Pengguna Tertinggi Di IMDb

Kakimuvee

Leave a Comment