Kakimuvee – Portal Informasi Perfileman
Berita

Watak Antagonis Dalam Baywatch Sebenarnya Untuk Lelaki – Priyanka

Baywatchbar640

Peranan seorang antagonis dalam Baywatch pada mulanya dikhususkan untuk lelaki, namun produser memutuskan menukar jantina watak itu selepas bertemu Priyanka Chopra. Bintang Bollywood itu akan membuat kemunculan dalam filem Hollywood sebagai wanita jahat Victoria Deeds yang turut dibintangi Dwayne ‘The Rock’ Johnson.

Priyanka teruja memegang watak negatif dalam projek Hollywood itu, kemunculan semula rancangan tahun 1990an dengan nama sama.

“Agak mengujakan untuk memainkan watak negatif kerana anda memiliki kebebasan keluar daripada zon selesa dan melakukan apa saja. Victoria adalah seorang wanita amat jahat,” kata Priyanka kepada PTI dalam temuramah menerusi telefon dari Montreal, Kanada.

Aktres itu berkata, watak yang dipegangnya pada mulanya ditulis untuk seorang lelaki dan penerbit berbincang dengannya untuk watak lain.

Priyanka Chopra
Priyanka Chopra

“Namun selepas pengarah bertemu saya, mereka beranggapan saya lebih bagus memegang watak jahat dan kemudian mengubahnya kepada wanita,” katanya.

Bintang itu yang pernah memegang watak negatif terdahulu dalam filem Bollywood ‘Aitraaz’ dan ‘7 Khoon Maaf’, dilihat berlakon di samping “The Rock” dan skuad penyelamat dalam filem arahan Seth Gordon itu.

“Ia agak menakjubkan mereka sanggup menukar peranan itu untuk saya. Anda perlu mempunyai watak kuat untuk menjatuhkan “The Rock” dan keseluruhan skuad penyelamat.

Mereka ada enam orang sementara saya seorang. Ia kelihatan ‘cool’ buat saya,” katanya. Aktres itu sudah membuat kemunculan antarabangsa dengan jayanya tahun lalu dengan drama televisyen Amerika, ‘Quantico’ ketika ini masuk musim kedua.

Priyanka, 33, akan muncul sebagai polis gagah dalam filem ‘Jai Gangaajal’ arahan Prakash Jha yang ditayangkan 4 Mac ini. – Agensi

Related posts

Natalie Portman Bintangi Filem Terbitan HBO “The Days of Abandonment”

Kakimuvee

HBO ANNOUNCES THE IRON ANNIVERSARY TO COMMEMORATE THE 10TH ANNIVERSARY OF GAME OF THRONES

Zulaikha

#MakeTheBatfleckMovie Trending Di Twitter, Peminat Mahu Filem “The Batman” Versi Ben Affleck Menjadi Realiti

Kakimuvee

TVBAnywhere+ App Launches Full Service in Malaysia Featuring Latest and Live Programs From TVB

Zulaikha

“Godzilla vs. Kong” Kumpul AS$$358 Juta Dolar Seluruh Dunia, “Mortal Kombat” Kutip AS$11 Juta Pada Minggu Pertama

Kakimuvee

Penggambaran “Black Adam” Telah Bermula, Dwayne Johnson Kongsi Gambar Belakang Tabir

Kakimuvee