Kakimuvee – Portal Informasi Perfileman
Slot Asia

WAS IT LOVE? Akan Ditayangkan Di Netflix 8 Julai Ini

Kepada peminat drama Korea Selatan, nantikan drama romantik komedi terbaru berjudul Was It Love? lakonan Song Ji-hyo, Son Ho-jun, Song Jong-ho, Koo Ja-sung dan Kim Min-joon.

Noh Ae-jeong (Song Ji-hyo) merupakan penerbi filem dan juga ibu tunggal. Kehidupannya menjadi tidak menentu apabila empat lelaki telah memasuki kehidupannya pada masa yang sama. Anak perempuannya, Noh Ha-nee (Um Chae-young), bertekad untuk mengetahui antara empat lelaki tersebut, yang mana merupakan ayah kandungnya.

Yang pertama ialah bekas teman lelaki Noh Ae Jung, Oh Dae-o (Son Ho-jun), novelis terkenal dengan nama pena Cheon Eok-man, yang digambarkan oleh Ha-nee sebagai sesuatu yang agak sukar. Kedua adalah pelakon A-list Ryu Jin (Song Jong-ho) yang kelihatannya sempurna dalam segala hal, tetapi menyembunyikan daya tarikan yang berbeza di sebalik persona bintang filemnya.

Seterusnya adalah Oh Yeon-woo (Koo Ja-sung) yang merupakan guru Ha-nee dan tinggal bersama keluarga Noh Ae-jeong. Ibu Ae-jeong sangat menyukainya. Akhir sekali, Koo Pa-do (Kim Min-jun) adalah bekas gangster yang “menakutkan tetapi seksi” yang juga merupakan pelabur untuk filem Ae-jeong dan merupakan bapa kepada sahabat karib Ha-nee Koo Dong-chan (Yoon Sung -woo).

Nampaknya, bakal berlaku persaingan walaupun pelakon Joo A-rin (Kim Da-som) digambarkan sebagai saingan cinta Ae-jeong. Di antara empat lelaki tersebut, yang manakah boleh menjadi ayah Ha-nee? Nantikan drama romantik komedi Was It Love? yang akan ditayangkan pada 8 Julai, setiap Rabu dan Khamis, hanya di Netflix.

Related posts

“Hometown Cha-Cha-Cha” Akan Ditayangkan Di Netflix 28 Ogos Ini

Kakimuvee

Park Ji-hoon, Kang Min-ah & Bae In-hyuk Spill Details of Their Roles as iQiyi’s Hit Drama “At a Distance, Spring is Green” Wraps Up Its FINALE

Zulaikha

“Hospital Playlist 2” No. 1 Dalam Senarai Mingguan Drama Paling Popular Untuk Minggu Ke-4 Berturut-Turut

Zulaikha

Ji Jin Hee Mencari Kebenaran di Sebalik Penculikan Anak Lelakinya Dalam Teaser “The Tragedy Of One”

Kakimuvee

Rating “The Penthouse 3” Kembali Meningkat, “Voice 4” Menurun

Zulaikha

Para Juara Bergabung Dalam Klip Terbaru ” Escape Room: Tournament of Champions”

Kakimuvee

Leave a Comment