Kakimuvee – Portal Informasi Perfileman
Berita

Warrior Nun Akan Mendapat Musim Baharu, Tapi Bukan Di Netflix


Selepas enam bulan dibatalkan, siri drama fantasi Warrior Nun akan kembali untuk musim terbaru, tetapi bukan di Netflix.

Pencipta siri, Simon Barry menjanji kepulangan epik siri itu, dan dalam masa yang sama, mengucapkan terima kasih kepada peminat atas kempen #SaveWarriorNun, selepas Netflix membatalkan siri tersebut tahun lalu.

“Hari ini saya gembira untuk melaporkan secara rasmi bahawa kerana gabungan suara, semangat dan usaha yang menakjubkan – Warrior Nun akan kembali dan akan menjadi lebih EPIK daripada yang anda bayangkan,” tulisnya dalam tweet itu.

“Maklumat lanjut akan datang! terima kasih!!”

Sementara itu, sumber yang memberitahu TVLine berkata, terdapat perbincangan untuk menghidupkan siri itu melalui sebuah filem atau musim akhir pendek bagi memberi penutup kepada peminat. 


“Walaupun tiada perjanjian dibuat, perbincangan sedang dijalankan untuk menghidupkan semula siri ini melalui filem kendiri atau musim akhir yang dipendekkan untuk memberi penutupan peminat — tetapi tidak di Netflix. Ia masih tidak jelas di mana projek itu akan dibuat.”

Warrior Nun, berdasarkan siri komik ’90-an Warrior Nun Areala, berkisarkan tentang seorang wanita berusia 19 tahun yang bangun di bilik mayat dengan kehidupan baru dan artifak ketuhanan yang tertanam di belakangnya, menjadikannya sebahagian daripada ahli pertubuhan purba yang ditugaskan untuk memerangi syaitan di Bumi

Siri ini dibatalkan pada Disember 20222 selepas 2 musim, menyebabkan peminat berkempen untuk mengembalikan siri itu. Kempen #SaveWarriorNun menjadi trending, dengan lebih 123,000 peminat menandatangani petisyen atas talian untuk menghidupkan semula siri itu.


Related posts

Netflix Umum Musim Kedua ‘Warrior Nun’

Kakimuvee