Kakimuvee – Portal Informasi Perfileman
Berita

Warner Bros. Umumkan Tarikh Filem Terbaru Mereka Termasuklah Matrix 4 & The Flash


Warner Bros. telah mengumumkan secara rasmi beberapa filem berprofail tinggi terbitan mereka termasuklah The Flash, filem keempat The Matrix yang menyaksikan Keanu Reeves kembali sebagai Neo, dan filem terbitan Ryan Coogler yang masih belum mempunyai tajuk.

Filem live action Akira mungkin ditangguhkan sehingga ke tarikh yang bakal diumumkan kelak kerana Taika Waititi akan menyiapkan projek Thor: Love and Thunder. Filem tersebut sepatutnya menemui penonton pada 21 Mei 2021.

Satu lagi filem live action iaitu Mortal Kombat arahan James Wan telah diawalkan ke tarikh tayangan baru iaitu pada 15 Januari 2021. Sementara itu, filem adiwira DC yang telah lama dirancang, The Flash dijadualkan tarikh tayangannya pada 1 Julai 2022.

Produksi The Matrix 4 dijangka akan bermula pada awal tahun hadapan dan akan menemui penonton pada 21 Mei 2021. Filem keempat itu akan diarahkan David Mitchell berdasarkan skrip dari Lana Wachowski dan Aleksander Hemon. Filem terbaru ini turut menyaksikan Carrie-Anne Moss kembali membawa wataknya bersama beberapa pelakon baru seperti Yahya Abdul-Mateen II, Neil Partrick Harris, Jessica Henwick, Jonathan Groff dan Toby Onwumere.


Related posts

Penonton Antarabangsa Beri Pulangan Besar Pada ‘Aquaman 2’

Kakimuvee

Dune: Part Two Menjadi Filem Arahan Denis Villeneuve Paling Panjang

Kakimuvee

Todd Phillips Kongsikan Gambar Terbaru Joker 2 Yang Menampilkan Joaquin Phoenix

Kakimuvee

Siri Reboot Harry Potter Akan Teroka Buku-Buku Asal Dengan Lebih Mendalam

Kakimuvee

Trailer Aquaman and the Lost Kingdom Pratonton Filem Terakhir DCEU

Kakimuvee

Filem Lakonan Shin Hye-Sun & Kim Sung-Kyun Akan Ditayangkan Di Pawagam Tempatan Pada 28 September Ini

Kakimuvee