Berita

Warner Bros. Umumkan Secara Rasmi Filem Shazam 2

Views

Selain pelancaran trailer Wonder WOman 1984, sesi panelis Warner Bros. dan DC Studios di Comic Con Experience (CCXP) turut diserta dengan satu lagi berita menarik. Pihak studio telah mengumumkan bahawa filem Shazam 2 telah dimulakan secara rasmi dengan pelakon Zachary Levi akan kembali memainkan peranan utama.

Pada April yang lalu, penulis skrip Henry Gayden telah menyatakan persetujuan untuk kembali merangka skirp filem sekuel Shazam. Turut dilaporkan kembali adalah pengarah David F. Sandberg dan penerbit Peter Safran. Setakat ini, tarikh produksi masih belum didedahkan, tetapi menurut Levi, berkemungkinan besar ianya akan bermula pada awal 2020.

Shazam! yang ditayangkan pada April menerima respon positif dari para pengkritik dan penonton, serta boleh dikatakan berjaya dari segi komersial dengan kutipan $364.6 juta dolar seluruh dunia.

Sementara plot filem masih lagi tidak diketahui, Shazam 2 mungkin membuka lebih banyak peluang untuk mengaitkan adiwira itu dengan musuh ketatnya Black Adam sebelum kedua-duanya bertemu dalam filem 'crossover' tidak lama lagi.

Buat masa ini, tarikh tayangan filem sekuel Shazam masih belum diumumkan pihak studio.

Tinggalkan Balasan

shares
Enable Notifications    Ok No thanks