Berita

Warner Bros. Umumkan Pelakon Utama Ocean’s Eight

Views

Ocean’s Eleven, filem komedy rompakan paling bergaya dan style pertama kali ditayangkan pada tahun 1960 dan dibintangi oleh Frank Sinatra, Dean Martin, Sammy Davis Jr., dan Angie Dickinson. Kemudian Steven Soderbergh menghasilkan kembali filem popular itu dengan dibarisi pelakon-pelakon ternama seperti George Clooney, Brad Pitt, Matt Damon, and Julia Roberts pada tahun 2001 dan telah mendapat kritikan positif dan pulangan yang cukup lumayan.

Kejayaan tersebut mendorong mereka untuk menghasilkan Ocean’s Twelve dan Ocean’s Thirteen dan secara mengumpul hampir $1.1 Billion. Namun, filem berkenaan berhenti setakat Ocean’s Thirteen apabila salah seorang pelakon utamanya, Bernie Mac meninggal dunia pada tahun 2008.

Bagaimanapun pada tahun 2016, filem trilogy Ocean kembali bernafas apabila filem Spinoff, Ocean’s Eight diumumkan oleh studio Warner Bros. dengan Gary Ross akan mengarah filem ini manakala pengarah asal, Steven Soderbergh dan Goorge Clooney selaku penerbit filem.

Filem Ocean’s Eight  ini bakal memberi kelainan kepada peminat filem Ocean kerana ia tidak dibintagi pelakon lelaki seperti kebiasaannya, sebaliknya dibintangi oleh pelakon-pelakon wanita.

BACA:  Lakaran Konsep STAR WARS: THE RISE OF SKYWALKER Paparkan Rekabentuk Terbaru "Star Destroyer"

Seperti filem asal Ocean, filem spinoff ini turut dibintangi pelakon-pelakon A-list Hollywood dan dijangka salah seorang pelakon asal Ocean akan membuat kemunculan sebagai watak Cameo iaitu Matt Damon aka Linus Caldwell.

Baru-baru ini pihak studio telah mengumumkan senarai nama pelakon dan juga mengeluarkan gambar pertama filem Ocean’s Eight yang menampilkan kesemua 8 pelakon utama. Antara pelakon yang terlibat ialah Sandra Bullock, Cate Blanchett, Helena Bonham Carter, Mindy Kaling, Rihanna, Sarah Paulson, Awkwafina dan Anne Hathaway.

Barisan pelakon Ocean’s Eight

Gambar yang dipamerkan oleh pihak studio turut disertakan sinopsis filem berkenaan.

Warner Bros. Pictures’ and Village Roadshow Pictures’ first look at “Ocean’s 8” from one of New York City’s most iconic locales: the subway.  In Summer 2018, the tide will turn as (L-r) Debbie Ocean (SANDRA BULLOCK) attempts to pull off the heist of the century at New York City’s star-studded annual Met Gala.  Her first stop is to assemble the perfect crew: Lou (CATE BLANCHETT);  Nine Ball (RIHANNA); Amita (MINDY KALING); Constance (AWKWAFINA); Rose (HELENA BONHAM CARTER); Daphne Kluger (ANNE HATHAWAY); and Tammy (SARAH PAULSON).

Filem Ocean’s Eight ini bakal menampilkan sekumpulan perompak wanita yang diketuai oleh Debbie Ocean, adik kepada Danny Ocean yang ingin merompak barang berharga dari seorang jutawan di bandar New York. Ocean’s Eight akan ditayangkan pada 8 Jun 2018.

Tinggalkan Balasan

shares