Selepas mengumumkan tarikh tayangan filemĀ The Batman,Ā Warner Bros. mengumumkan dua lagi filem adaptasi komik DC iaituĀ The Suicide Squad danĀ DC Super Pets. Menurut laporan dariĀ The Hollywood Reporter,Ā kedua-dua filem tersebut akan ditayangkan pada musim panas 2021.
Selain itu juga, turut disahkan adalah penglibatakan bekas pengarah Guardians of the Galaxy,Ā James Gunn yang akan mengarahkan serta menulis skrip filemĀ The Suicide Squad.Ā Ini merupakan projek pertama James Gunn selepas di pecat dari Marvel.
The Suicide SquadĀ yang juga sebelum ini dikenali sebagaiĀ Suicide Squad 2 dikatakan adalah filem reboot. Buat masa ini tidak dapat dipastikan sama ada pelakon-pelakon asal seperti Margot Robbie dan Will Smith akan kembali membawakan watak mereka filem kali ini memadangkan ia merupakan ‘reboot’/
Sementara itu filemĀ DC Super PetĀ merupakan filem animasi DC yang mengisahkan tentang haiwan yang memiliki kuasa luarbiasa iaitu Kyrpto, Ace the Bat-Hound dan Streaky. Filem animasi ini akan diarahkan oleh Jared Stern dan Sam Levine.
DC Super PetsĀ akan memulakan tayangannya pada 21 May 2021, diikuti filemĀ The BatmanĀ pada 25 Jun 2021 danĀ The Suicide SquadĀ pada 6 Ogos 2021.