Kakimuvee – Portal Informasi Perfileman
Berita

Warner Bros. Umum Tarikh Tayangan “Furiosa”

Warner Bros. telah mengumumkan tarikh tayangan filem spin off Furiosa serta filem Coyote vs. Acme dan filem musikal The Color Purple. Kesemua filem dijadualkan tayangan pada 2023. Pengumuman tersebut dibuat Ketua Warner Bros. Pictures Group, Toby Emmerich. 

Filem spin off Mad Max: Fury Road, Furiosa dijadualkan tayangan pada 23 Jun 2023. Filem tersebut akan diarahkan oleh George Miller dan dibintangi Anya Taylor-Joy yang akan memainkan watak utama sebagai Furiosa. 

Turut menyertai barisan pelakon adalah Chris Hemsworth dan Yahya Abdul-Mateen. Miller akan menulis skrip dan turut bertindak sebagai penerbita bersama rakannya, Doug Mitchell (Mad Max: Fury Road, Babe).

Filem live action / animasi Coyote vs. Acme akan menemui penonton pada 21 Julai 2023. Diarahkan oleh Dave Green (Teenage Mutant Ninja Turtles: Out of the Shadow), filem animasi ini ditulis James Gunn bersama-sama Jeremy Slter, Jon Silberman, dan Josh Silberman serta Samy Burch. 

Akhir sekali, filem musikal The Color Purple akan ditayangkan pada 20 Disember 2023. Berdasarkan muzik Broadway yang memenangi Anugerah Tony, filem ini akan diarahkan oleh Blitz Bazawule (Black is King, Cheris the Day) berdasarkan skrip yang ditulis Marcus Gardley (The Chi).

Oprah Winfrey, Steven Spielberg, Scott Sanders dan Quincy Jones akan menjadi penerbit. Gardley turut mencipta skor termasuk muzik dan lirik dari panggung muzik oleh Brenda Russell, Allee Willis dan Stephen Bray.

Related posts

Natalie Portman Bintangi Filem Terbitan HBO “The Days of Abandonment”

Kakimuvee

HBO ANNOUNCES THE IRON ANNIVERSARY TO COMMEMORATE THE 10TH ANNIVERSARY OF GAME OF THRONES

Zulaikha

#MakeTheBatfleckMovie Trending Di Twitter, Peminat Mahu Filem “The Batman” Versi Ben Affleck Menjadi Realiti

Kakimuvee

TVBAnywhere+ App Launches Full Service in Malaysia Featuring Latest and Live Programs From TVB

Zulaikha

“Godzilla vs. Kong” Kumpul AS$$358 Juta Dolar Seluruh Dunia, “Mortal Kombat” Kutip AS$11 Juta Pada Minggu Pertama

Kakimuvee

Penggambaran “Black Adam” Telah Bermula, Dwayne Johnson Kongsi Gambar Belakang Tabir

Kakimuvee