Berita

Warner Bros. Umum Tarikh Penggambaran ‘Fantastic Beasts 3’

Fantastic Beasts akhirnya meneruskan produksi!

Views

Selepas produksi Fantastic Beasts 3 tertangguh selama beberapa bulan, Warner Bros. akhirnya mengumumkan penggambaran filem ketiga siri spinoff “Harry Potter” akan bermula pada musim bunga tahun hadapan di Rio de Janiero, Brazil.

Produksi sepatutnya bermula awal tahun ini, tetapi ditangguhkan selepas filem Fantastic Beasts: The Crimes of Grindelwald gagal mencapai kutipan yang diharapkan, hanya mampu meraih $650 juta dolar seluruh dunia.

Pihak studio telah merancang lima buah filem untuk francais “Fantastic Beasts”, tetapi filem kedua sudah mula menunjukkan tanda-tanda semakin ‘membosankan’, dan ini mencetuskan kebimbangan. Prestasi jualan tiket The Crimes of Grindelwald yang agak teruk telah menimbulkan spekulasi bahawa pihak studio akan mengambil masa untuk melakukan rombakan.

Dua filem awal Fantastic Beasts telah menelan belanja hampir $400 juta dolar. Filem pertama Fantastic Beasts and Where to Find Them telah menjadi hit pada 2016, dan berjaya meraih lebih $800 juta dolar dipentas box office seluruh dunia.

Veteran David Yates akan kembali mengarahkan filem ketiga, manakala skrip ditulis oleh J.K. Rowling dan Steve Kloves.

BACA:  Filem Aksi Live Action Jepun, KAIJI: FINAL GAME Akan Menemui Penonton Tempatan Tidak Lama Lagi

Filem akan datang juga menyaksikan kesemua pelakon asal akan kembali memainkan peranan masing-masing. Bintang utama Eddie Redmanyne akan meneruskan watak sebagai Newt Scamander, manakala Jude Law dan Johnny Deep akan kembali sebagai Albus Dumbledore dan penjahat dari filem sebelumnya, Gellert Grindelwald.

Turut akan kembali adalah Katherine Waterston, Alison Sudol, Ezra Miller, dan Dan Fogler. Jessica Williams, yang memainkan peranan sebagai Professor Eulalie “Lally” Hicks dalam filem sebelum ini dijangka akan mempunyai peranan besar dalam filem akan datang.

Filem yang masih belum mempunyai tajuk akan menemui penonton pada November 2021

Sumber: Variety

Tinggalkan Balasan

shares