Semasa di konvensyen Comic-Con Experience 2017 yang berlangsung di Sao Paulo, Brazil, Warner Bros. telah mengumumkan beberapa projek filem superhero DC mereka yang akan dihasilkan pada masa hadapan.
Antara filem yang diumumkan oleh pihak studio berkenaan adalah Wonder Woman II, Aquaman, Flashpoint, Suicide Squad 2, Shazam, Batgirl, Green Lantern Corps, The Batman, dan Justice League Dark.
Beberapa filem yang sebelum ini dirancang akan dihasilkan oleh pihak studio bagaimanapun tidak disebut oleh mereka. Filem-filem yang tidak diumumkan oleh pihak studio adalah Cyborg, Deathstroke, Gotham City Sirens, Harley Quinn, The Joker vs. Harley Quinn, Nightwing, Joker movie, dan filem sekuel Justice League 2.
Mungkin filem-filem yang tidak disebut itu masih diperingkat awal dan mereka mahu menumpukan beberapa filem yang diumumkan oleh mereka semasa di konvensyen tersebut terlebih dahulu.
Apapun, dengan pengumuman yang dibuat oleh mereka menunjukan Warner Bros. masih komited untuk hasilkan filem-filem superhero DC walaupun prestasi Justice League tidak begitu memberangsangkan.