Kakimuvee – Portal Informasi Perfileman
Berita

Warner Bros. Ubah Tarikh Tayangan Sekuel Godzilla, Paramount Batal Transformers 7

Studios Warner Bros. dilaporkan telah menukar tarikh tayangan filem sekuel Godzilla dari tarikh 22 Mac ke 31 Mei 2019. Pertukaran tarikh tersebut sebagai langkah strategik untuk mengelakkan persaingan filem-filem besar seperti Captain Marvel (8 Mac), Dumbo (29 Mac), dan juga filem superhero terbitan mereka sendiri iaitu Shazam! (5 April).

Selain itu juga, pemilihan tarikh 31 Mei juga dianggap satu keputusan yang tepat kerana ia dapat mengelakkan satu lagi filem Marvel yang bakal meletup iaitu Avengers 4 yang akan ditayangkan pada 3 Mei 2019.

Warner Bros. juga turut menukar tarikh tayangan filem The Six Billion Dollar Man dari Mei 2019 ke 5 Jun 2020, manakala sekuel The Shining iaitu Doctor Sleep telah ditetapkan tarikh tayangan iaitu pada 24 Mei 2020.

Advertising

Sementara itu, studio Paramount dilaporkan membuat keputusan yang sudah dijangka apabila telah membatalkan perancangan filem Transformers 7. Dalam masa yang sama, pihak studio turut menetapkan tarikh tayangan dua filem terbaru iaitu Pet Sematary pada 5 April 2019 dan filem biopik Elton John yang berjudul Rocketman pada 17 May 2019

Advertising

Related posts

Pengarah Christopher McQuarrie Kongsi Gambar Terbaru “Mission: Impossible 7”

Kakimuvee

Tom Holland Sahkan Kontrak Spider-Man Akan Berakhir Selepas “No Way Home”

Kakimuvee

Filem Animasi “Avatar: The Last Airbender” Akan Dihasilkan

Kakimuvee

Marvel Akhirnya Dedah Tajuk Sebenar “Spider-Man 3”

Kakimuvee

Filem Animasi Adapatasi “The Great Gatsby” Akan Dihasilkan

Kakimuvee

Tom Holland, Zendaya & Jacob Batalon ‘Troll’ Peminat Dengan 3 Judul Spider-Man 3?

Kakimuvee

Leave a Comment

This website uses cookies to improve your experience. We'll assume you're ok with this, but you can opt-out if you wish. Accept Read More

Kakimuvee - Portal Informasi Perfileman