Kakimuvee – Portal Informasi Perfileman
Berita

Warner Bros. Tunda Tayangan Filem Wonder Woman 1984


Warner Bros. akhirnya mengambil keputusan menunda filem-filem terbaru mereka, antaranya Wonder Woman 1984, In the Heights, Scoobs dan Malignant. Menurut laporan VarietyWonder Woman 1984 telah ditunda tayangan ke Ogos manakala tiga lagi filem masih masih belum ditetapkan tarikh tayangannya sehingga pandemik coronavirus berakhir.

Menerusi satu kenyataan yang dikeluarkan Pengurusi Warner Bros. Pictures Group, Toby Emmerich, Wonder Woman 1984 ditunda ke 14 Ogos ini dan berharap dunia akan menjadi lebih selamat dan sihat.

“When we greenlit Wonder Woman 1984, it was with every intention to be viewed on the big screen and are excited to announce that Warner Bros. Pictures will be bringing the film to theatres on Aug. 14,

We hope the world will be in a safer and healthier place by then.

Empat filem Warner Bros. ini menyertai beberapa filem blockbuster yang ditunda tarikh tayangan disebabkan pandemik coronavirus. Disney telah menunda beberapa filemnya termasuklah Mulan, The New Mutants dan Black Widow, manakala MGM terlebih dahulu menunda tayangan filem No Time to Die, Paramount Pictures telah menarik balik tayangan filem A Quiet Place Part II yang sepatutnya ditayangkan hujung bulan ini, dan Universal menukar tarikh tayangan F9: The Fast Saga ke tahun hadapan.



Related posts

Penonton Antarabangsa Beri Pulangan Besar Pada ‘Aquaman 2’

Kakimuvee

Dune: Part Two Menjadi Filem Arahan Denis Villeneuve Paling Panjang

Kakimuvee

Todd Phillips Kongsikan Gambar Terbaru Joker 2 Yang Menampilkan Joaquin Phoenix

Kakimuvee

Siri Reboot Harry Potter Akan Teroka Buku-Buku Asal Dengan Lebih Mendalam

Kakimuvee

Trailer Aquaman and the Lost Kingdom Pratonton Filem Terakhir DCEU

Kakimuvee

Filem Lakonan Shin Hye-Sun & Kim Sung-Kyun Akan Ditayangkan Di Pawagam Tempatan Pada 28 September Ini

Kakimuvee