Kakimuvee – Portal Informasi Perfileman
Berita

Warner Bros. Tunda Tayangan Filem-Filem Blockbuster

Studio Warner Bros. telah menyusun semula jadual tayangan beberapa filem besar mereka, termasuklah filem adiwira Wonder Woman 1984, The Matrix 4 dan Godzilla vs. Kong. 

Filem arahan pengarah terkenal Christopher Nolan, Tenet turut ditunda tetapi masih lagi ditayangkan tahun ini iaitu pada 31 Julai 2020. Tenet sepatutnya menemui penonton pada 17 Julai.

Susulan perubahan jadual Tenet, filem Wonder Woman 84 juga turut dianjak tarikh tayangannya selama dua bulan dari tarikh tayang asal iaitu 14 Ogos. Filem arahan Patty Jenkins  ini akan ditayangkan pada 2 Oktober 2020. 

Sementara itu, dua filem yang dinanti-nantikan peminat iaitu The Matrix 4 dan Godzilla vs. Kong turut mengalami perubahan jadual tayangan.

Filem keempat Keanu Reeves dalam francais The Matrix telah diberi tarikh baru iaitu pada 1 April 2022, manakala filem Godzilla vs. Kong mengambil tempat The Matrix 4 iaitu pada 21 Mei 2021.

Warner Bros. turut menguba jadual beberapa filem lain seperti filem remake The Witches arahan Robert Zemeckis dari tarikh 9 Oktober ke satu tarikh baru pada tahun 2021, manakala filem live action animasi Tom & Jerry ditunda ke tarikh 5 Mac 2021 dari tarikh tayangan asal pada 25 Dis. 2020.

Susulan perubahan jadual Tenet dan Wonder Woman 1984, STX Films turut mengubah tarikh tayangan filem aksi lakonan Gerard Butler, Greenland dari 31 Julai ke 14 Ogos 2020.

Related posts

Filem “The Flash” Sudah Mulakan Penggambaran, Michael Keaton Sah Kembali Sebagai Batman

Kakimuvee

Tiga Pengarah Ketuai Projek Sekuel “Spider-Man: Into the Spider-Verse”

Kakimuvee

Paul Dano & Kunal Nayyar Bintangi Filem Netflix “Spaceman”

Kakimuvee

Joe Manganiello Dedah Kenapa Deathstroke Mahu Bunuh Batman

Kakimuvee

Teaser Rasmi “Shang-Chi And The Legend Of The Rings” Perkenalkan Superhero Baru Dan.. The Mandarin

Kakimuvee

Christian Bale Botakkan Kepala Demi Wataknya Dalam Filem “Thor: Love & Thunder”

Kakimuvee