Selepas lama menunggu sambungan filem kedua, akhirnya filem ketiga Sherlock Holmes bakal dihasilkan dan studio Warner Bros. telahpun menetapkan tarikh tayangan filem tersebut iaitu pada 25 Disember 2020, seminggu selepas tayangan filem kedua Avatar.
Robert Downey Jr. dan Jude Law akan kembali membawakan watak mereka iaitu Sherlock Holmes dan John Watson. Bagaimanapun tidak dipastikan lagi sama ada Guy Ritchie akan kembali mengarahkan filem ketiga ini ataupun tidak. Dua filem Sherlock Holmes sebelum ini diarahkan pengarah tersebut.
Filem pertama diterbitkan pada 2009 dan telah berjaya mengutip $524 juta seluruh dunia manakala filem kedua diterbitkan pada tahun 2011 dengan kutipan seluruh dunia sebanyak $545 juta.
Susan Downey, Joel Silver dan Lionel Wigram akan bertindak selaku penerbit, manakala Chris Brancato akan menulis lakonlayar filem ketiga ini
Setakat ini, plot filem dan tarikh penggambaran masih lagi tidak diketahui
Sumber: Comingsoon.net