
Filem seram arahan James Wan Malignant akan ditayangkan dipawagam dan IMAX pada 10 September 2021. Filem ini juga akan tersedia di platform streaming HBO Max selepas 31 hari tayangan di pawagam.
Ditulis oleh James Wan dan isterinya, Ingrid Bisu, filem seram terbaru Warner Bros / New Line Cinema ini dibintangi pelakon seperti Annabelle Wallis, Jake Abel, George Young, Maddie Hasson, Michole Briana White dan Jacqueline McKenzie.
Kali terakhir James Wan mengarahkan filem seram adalah filem The Conjuring 2 yang ditayangkan pada tahun 2016. Setakat ini, plot filem Malignant masih belum didedahkan kepada umum.
View this post on InstagramAdvertising
Advertising