Kakimuvee – Portal Informasi Perfileman
Berita

Warner Bros. Tetapkan Tarikh Tayangan Baru Filem FANTASTIC BEASTS 3


Susulan dari berita yang mengatakan bahawa Warner Bros. meminta Johnny Depp untuk berundur dari francais, pihak studio telah menetapkan tarikh tayangan baru filem Fantastic Beasts 3 iaitu pada 15 Julai 2022.

Filem ini pada asalnya ditetapkan tayangan pada 12 November 2021. Dengan pengumuman tarikh baru ini, Fantastic Beasts 3 akan berentap dengan filem terbitan Marvel/Disney, Captain Marvel 2 yang akan ditayangkan seminggu selepas itu. 

Fantastic Beasts 3 dibintangi pemenang Oscar, Eddie Redmaye sebagai Newt Scamander, Katherine Waterston sebagai Tina Goldstein, Dan Fogler sebagai Jacob Kowalski, Alison Sudol sebagai Queenie Goldstein, Ezra Miller sebagai Credence, Jude Law sebagai Albus Dumbledore dan Jessica Williams sebagai Professor Eulalie Hick. Warner Bros. kini sedang mencari pengganti untuk watak Gellert Grindelwald susulan pengunduran Depp.

Filem ketiga sekali lagi akan diarahkan oleh David Yates berdasarkan lakonlayar yang ditulis oleh J.K. Rowling dan Steve Kloves. Penggambaran kini sedang dijalankan di UK.

Sumber: Variety



Related posts

Penonton Antarabangsa Beri Pulangan Besar Pada ‘Aquaman 2’

Kakimuvee

Dune: Part Two Menjadi Filem Arahan Denis Villeneuve Paling Panjang

Kakimuvee

Todd Phillips Kongsikan Gambar Terbaru Joker 2 Yang Menampilkan Joaquin Phoenix

Kakimuvee

Siri Reboot Harry Potter Akan Teroka Buku-Buku Asal Dengan Lebih Mendalam

Kakimuvee

Trailer Aquaman and the Lost Kingdom Pratonton Filem Terakhir DCEU

Kakimuvee

Filem Lakonan Shin Hye-Sun & Kim Sung-Kyun Akan Ditayangkan Di Pawagam Tempatan Pada 28 September Ini

Kakimuvee