Kakimuvee – Portal Informasi Perfileman
Berita

Warner Bros. Terpaksa Kongsi Keuntungan Filem Joker


FilemĀ JokerĀ arahan Todd Philips telah mencipta kejutan yang cukup besar apabila berjaya menarik minat penonton sehingga mampu meraih kutipan melebih $500 juta dalam tempoh dua minggu tayangan.

Namun disebalik kejayaan tersebut terdapat cerita disebaliknya. Menurut artikel dari The New York Times, dua orang kuat Warner Bros. iaitu Greg Silverman dan pengerusi studio iaitu Kevin Tsujihara, dikatakan terkejut apabila Todd Philips memberikan idea untuk menghasilan filem ‘origin’ Joker.

Mereka bimbang filem tersebut akan mendorong kepada insiden yang tidak diingini apabila ia ditayangkan kelak. Walaupun terdapat perbezaan dikalangan division, keputusan telah dibuat untuk meneruskan projek tersebut, tetapi Warner Bros bertekad untuk melakukannya dengan cara yang selamat.

BimbangĀ JokerĀ akan gagal di pentas box office, pihak studios menyenaraikan Bron Studios dan Village Roadshow untuk turut membiayai projek pembikinan filem tersebut. Ini membuatkan kos produksi filemĀ JokerĀ menjadi murah, tetapi perlu berkongsi keuntungan bersama kedua-dua studio berkenaan.

Kini, filemĀ JokerĀ telahpun ditayangkan dan tiada insiden yang tidak diingini berlaku. Filem tersebut telahpun mengutip hampir $600 juta seluruh dunia dan penganalisis menjangkakanĀ JokerĀ mampu meraih diantara $800 juta hingga $1 billion sepanjang tempoh tayangannya.


Dengan prestasi Joker yang cukup luarbiasa ini, sudah tentu pihak Warner Bros. sangat menyesal dengan keputusan mereka untuk berkongsi kos produksi bersama studio lain.


Related posts

Penonton Antarabangsa Beri Pulangan Besar Pada ‘Aquaman 2’

Kakimuvee

Dune: Part Two Menjadi Filem Arahan Denis Villeneuve Paling Panjang

Kakimuvee

Nicolas Cage Dedahkan Sebab Mengapa Filem ā€œSuperman Liveā€ Tidak Dapat Dibuat

Kakimuvee

Nicholas Hoult Akan Memainkan Watak Lex Luthor Dalam Filem Superman: Legacy

Kakimuvee

Kutipan Taylor Swift: The Eras Tour Jauh Lebih Baik Dari Semua Filem DC Tahun 2023

Kakimuvee

DCU: Semua Pelakon ‘Justice League’ Tidak Akan Mengulangi Peranan Masing-Masing

Kakimuvee