Kakimuvee – Portal Informasi Perfileman
Berita

Warner Bros. Sekali Lagi Tunda Tarikh Tayangan TENET

Seperti dijangka, filem terbaru Christoper Nolan, Tenet ditunda lagi sekali.

Selepas melihat situasi pendemik global yang masih belum reda, studio Warner Bros. membuat keputusan menarik balik Tenet dari jadual tayangan dipawagam.


Tenet telah ditunda beberapa kali susulan pandemik COVID-19 dimana banyak pawagam telah ditutup. Filem ini sepatutnya ditayangkan pada 12 Ogos. Tarikh baru akan diumumkan Warner Bros. tidak lama lagi.

Sementara itu, pihak studio turut mengumumkan bahawa tarikh tayangan The Conjuring 3 telah dianjak dari 11 September ke 4 June 2021.

Tenet digambarkan sebagai sebuah filem pengintipan thriller antarabangsa yang melibatkan tujuh buah negara. Bintang BlackKkKlansman, John David Washington memainkan peranan utama disamping beberapa pelakon lain termasuklah Robert Pattinson (Good Time), Elizabeth Debicki (Widows), Dimple Kapadia (Fugly), Aaron Taylor-Johnson (Avengers: Age of Ultron), Michael Caine (The Dark Knight Rises) dan Kenneth Branagh (Dunkirk).

Filem ini ditulis sendiri oleh Nolan dan mengabungkan filem IMAX dan 70mm, teknik yang sering digunakan Nolan dalam filem-filem arahannya. Nolan turut bertindak selaku penerbit bersama-sama pasangannya, Emma Thomas.

Related posts

Muat Naik Klip “Mat Kilau” Di TikTok, Syamsul Yusof Beri Amaran – Padam Atau Dikenakan Tindakan Saman

Kakimuvee

Disney Sahkan Kedudukan “Doctor Strange 2” Dalam ‘Timeline MCU’

Kakimuvee

Steve Carell Kembali Ke “The Office” Sebagai Gru Dalam Promo Terbaru “Minions: The Rise of Gru”

Kakimuvee

Membahayakan Kanak-Kanak Antara Tuduhan Terbaru Yang Dilemparkan Terhadap Ezra Miller

Kakimuvee

#RompakDaebak: Anda Telah Direkrut Untuk Rompakan Wang di Kawasan Ekonomi Bersama di KL

Kakimuvee

Menjelang Tayangan 7 Julai Ini, Marvel Lancar Trailer & Klip Video Baharu “Thor: Love and Thunder”

Kakimuvee

Leave a Comment