Berita

Warner Bros Sedang Memilih Pengarah Untuk Filem Reboot Tomb Raider

Views

tomb-raider-movie-reboot-directors

Setelah mendapat hak penerbitan filem Tomb Raider, Warner Bros. dengan pantas memilih penulis skrip filem Divergent, Evan Daugherty untuk membantu mereka membuat filem reboot yang pernah dibintangi oleh Angelina Jolie pada masa dahulu.

Kini mereka juga sedang mencari pengarah yang sesuai untuk menerajui pembikinan filem aksi pengambaraan ini. Kriteria yang mereka perluka ialah mencari pengarah seakan-akan "Michelle MacLaren" iaitu pengarah asal filem Tomb Raider. 

tomb raider director

Menurut laman web The Tracking Boardkini terdapat khabar angin yang mengatakan pihak Warner Bros. menyenarai pendek 3 pengarah yang bakal mengarahkan filem ini iaitu Bigelow (pengarah filem Zero Dark Thirty), Catherine Hardwicke (pengarah filem Twilight, Lord of Dogtown) dan Mimi Leder (Pengarah filem The Leftiversm Deep Impact). Pengarah Bigelow dikatakan calon yang sesuai, namun dua nama lagi turut mempunyai kualiti yang hampir sama.

Jadi, diantara 3 pengarah tersebut, siapakan yang bakal menerajui pembikinan filem Tomb Raider masih menjadi teka-teki. Pihak Warner Bros. pasti akan memilih calon yang sesuai untuk mengarahkan filem aksi pengembaraan ini.

Tarikh rasmi tayang filem reboot Tomb Raider masih lagi tidak diumumkan. 

Tinggalkan Balasan

shares
Enable Notifications    Ok No thanks