Kakimuvee – Portal Informasi Perfileman
Berita

Warner Bros. Sahkan Filem Solo DC Akan Berada Diluar Kesinambungan DCEU

Tindakan Warner Bros. yang mahu menghasilkan filem The Joker yang berada diluar kesinambungan DC Extended Universe (DCEU), telah menyebabkan peminat-peminat filem DC merasa keliru dengan perancangan yang cuba dilakukan oleh studio berkenaan. Kekeliruan mengenai perancangan Warner Bros. berterusan apabila mereka tidak mendedahkan begitu terperinci tentang projek terbaru mereka itu.

Namun, laman Web Vulture telah berkongsi perancangan Warner Bros. terhadap DCEU dan juga filem-filem standalone karakter DC yang bakal dihasilkan bagi memberi pemahaman kepada peminat-peminat mereka akan plan jangka panjang DC dalam dunia cinematik.

Menurut presiden DC Entertainment, Diane Nelson, kesinambungan filem DC tetap diteruskan bagi mengelakkan ia menyimpang dari perancangan mereka, tetapi tiada keperluan bagi mereka untuk menghasilkan jalan cerita yang berkait dengan universe yang ada sekarang.

“Our intention, certainly, moving forward is using the continuity to help make sure nothing is diverging in a way that doesn’t make sense, but there’s no insistence upon an overall story line or interconnectivity in that universe” 

The Joker, filem Standalone DC pertama yang tidak akan mengikut kesinambungan DCEU

Mereka menggunakan contoh Wonder Women yang fokus kepada karakter itu sahaja dalam perjalanan filem berkenaan, dan akhirnya ia menjadi filem DC paling laris dari segi kutipan tiket dan sukses serta menerima review yang cukup positif dari penonton dan juga pengkritik filem. Mereka juga akan menggunakan pendekatan yang sama dalam filem Aquaman akan datang

“Some of the movies do connect the characters together, like Justice League. But, like with Aquaman our goal is not to connect Aquaman to every movie,” – Geoff Johns.

Ini bermakna, Warner Bros. bebas untuk menghasilkan filem standalone karakter DC tanpa perlu memikirkan samada mahu mengikut kesinambungan DCEU ataupun tidak. Perancangan yang dilihat sama seperti yang mereka lakukan dalam siri-siri TV mereka

Ini adalah cubaan Warner Bros. dalam memastikan filem-filem DC mampu memberi saingan kepada lawan mereka dalam dunia sinematik. Siri televisyen DC telah dianggap sukses, begitu juga siri komik The New 52, tetapi DCEU setakat ini mengecewakan, dan Warner Bros. terpaksa mengubah plan mereka agar dapat membawa naik filem-filem DC di masa akan datang.

Related posts

Emily Blunt Sedang Dalam Rundingan Untuk Bintangi Filem Terbaru Christopher Nolan, “Oppenheimer”

Kakimuvee

Strim Siri Hit Terkini & Filem Warner Bros. Di HBO GO Dengan Harga RM 23.30 Sebulan

Kakimuvee

Marvel Studios Tunda Doctor Strange 2, Thor: Love and Thunder, Black Panther 2,& Banyak Lagi

Kakimuvee

Trailer Antarabangsa Ghostbusters: Afterlife Beri Lebih Banyak Rakaman Terbaru

Kakimuvee

Trailer Olaf Presents: Snowman Kegemaran Peminat Akan Menceritakan Semula Animasi Klasik Disney Dalam Siri Filem Pendek

Kakimuvee

DC FanDome: Video Aquaman and the Lost Kingdom Beri Pandangan Pertama Black Manta

Kakimuvee

Leave a Comment