Kakimuvee – Portal Informasi Perfileman
Berita

Warner Bros. Reboot Filem Superman, J.J. Abrams Jadi Penerbit

Harapan peminat untuk melihat sekuel “Man of Steel” nampaknya tidak kesampaian apabila filem “Superman” itu dilaporkan bakal di’reboot’ semula oleh Warner Bros. dan DC.

Penulis Ta-Nehisi Coates akan menjadi penulis skrip, manakala pemenang anugerah Emmy J.J. Abrams menjadi penerbit untuk projek reboot itu menerusi syarikat produksinya Bad Robot. 

Buat masa ini, butiran plot dan pelakon masih belum didedahkan. Hannah Minghella turut menjadi penerbit untuk filem yang belum mempunyai tajuk itu. 

Dijemput ke DC Extended Universe oleh Warner Bros., DC Films dan Bad Robot adalah satu penghormatan,” ujar Coates. “Saya berharap dapat menambah warisan pahlawan Amerika yang paling ikonik itu”

Ini adalah kisah Superman baru, kuat, dan tidak pernah diceritakan. Kami gembira dapat bekerjasama dengan Mr. Coates yang membantu menyampaikan kisah itu ke layar lebar, dan kami sangat berterima kasih kepada pasukan di Warner Bros. atas peluang itu,” kata Abrams kepada media. 

Coates kini sedang terlibat dengan filem arahan Ryan Coogler “Wrong Answer”, lakonan Michael B. Jordon, adaptasi dari artikel The New Yorker yang ditulis Rachel Aviv, mengenai 11 pendidik sekolah awam Atlanta yang disabitkan dengan kesalahan dalam percubaan untuk meningkatkan skor ujian piawai secara palsu . 

Pada 2019, Bad Robot telah menandatangani penjanjian eksklusif dengan Warner Bros. untuk membangunkan beberapa filem, termasuklah membangunkan siri TV dan filem “Justice League Dark Universe”.

Sumber: Shadow and Act 

Related posts

Kutipan Polis Evo 3 Meningkat Sehingga RM3.4 Juta

Kakimuvee

‘Dead Reckoning Part 1’ Cipta Rekod Durasi Tayangan Paling Panjang Dalam Francais ‘Mission: Impossible’

Kakimuvee

Sony Dedah Trailer Red Band Terbaru ‘No Hard Feelings’ Lakonan Jennifer Lawrence

Kakimuvee

Kongsi Kata Laluan Netflix, Tetapi Tinggal Di Kediaman Berbeza? Anda Akan Dikenakan Yuran RM13

Kakimuvee

Viu Lancar Drama Thriller Psikologi, Mengubah Memori Manusia Dalam Alter-Naratif

Kakimuvee

Menjelang Tayangan Pawagam, Warner Bros. Lancar Trailer Terakhir ‘The Flash’

Kakimuvee

Leave a Comment