
Berikutan keputusan kes saman fitnah Johnny Depp terhadap bekas isterinya, Amber Heard, Warner Bros. Pictures dikhabarkan akan memadam adegan yang melibatkan aktres itu dari filem Aquaman and the Lost Kingdom.
Pekara tersebut didedahkan sumber dalaman yang boleh dipercayai, lapor The Direct.
I didn’t think they would but sounds like they are, the next test screening should be interesting pic.twitter.com/ZjR60XxDCZ
— KC Walsh (@TheComixKid) June 3, 2022
Amber Heard telah merakam kebanyakkan adegannya di London pada tahun lalu, dan penyingkirannya boleh dijelaskan menerusi kematian di luar skrin.
Terdapat khabar angin yang mencadangkan bahawa watak Mera akan dimatikan semasa dia sedang melahirkan anak semasa permulaan cerita sekuel Aquaman itu, dan ia membolehkan wataknya itu tidak muncul sepanjang perjalanan filem.
Langkah Warner Bros. itu dibuat bagi mengelakkan sebarang tekanan negatif dari peminat yang mahu Amber Heard disingkirkan dari ansuran terbaru DC Extended Universe itu.
Aquaman and The Lost Kingdom dibintangi Jason Momoa sebagai watak utama Arthur Curry / Aquaman, Amber Heard, Yahya Abdul-Mateen II, Patrick Wilson, Randall Park, Dolph Lundgren, Temuera Morrison dan Pilou Asbæk. James Wakembali sebagai pengarah, manakala lakon layar akan ditulis oleh duo dari filem pertama, David Leslie dan Johnson-McGoldrick.
Warner Bros. menentapkan tarikh tayangan Aquaman and the Lost Kingdom pada 17 Mac 2023.