Kakimuvee – Portal Informasi Perfileman
Berita

Warner Bros. Pertimbang Untuk Tayang “Mortal Kombat” Di HBO Max


Susulan kepada pengumuman tayangan filem Wonder Woman 1984 di HBO Max dan pawagam, Warner Bros. dilaporkan sedang mempertimbangkan untuk mengguna strategi pengedaran yang sama terhadap beberapa filemnya seperti Judas and the Black Messiah, The Litttle Things dan remake Tom and Jerry. 

Bagaimanapun, pihak studio akan melihat terlebih dahulu prestasi filem Wonder Woman 1984 di HBO Max dan pawagam sebelum memutuskan masa depan beberapa filem mereka. 

Di samping itu juga, Warner Bros. dikatakan mempunyai idea yang serupa untuk filem live action Mortal Kombat. Filem yang diterbitkan James Wan ini sepatutnya ditayangkan pada 15 Januari 2021, namun penerbit Todd Garner mengesahkan pada November yang lalu, bahawa Mortal Kombat akan ditunda disebabkan pandemik yang masih belum reda. 

Mortal KombatĀ akan mengisahkan tentang seorang protagonis yang terlibat dalam pertarungan interdimensi, dan kemudian menyedari potensi yang ada dalam dirinya selepas bertarung dengan lawan-lawannya.

Filem ini dibintangi oleh Ā Chin Han sebagai Shang Tsung, Hiroyuki Sanada sebagai Scorpion, Joe Taslim sebagai Sub Zero, Mehcad Brooks sebagai Jax, Ludi Lin sebagai Liu Kang, Jessica McNamee sebagai Sonya Blade, Josh Lawson sebagai Kano serta Lewis Tan.


James Wan dan syarikatnya, Atomic Monster menerbitkan filem ini bersama-sama Todd Garner. Larry Kasanoff, E. Bennet Walsh, Michael Clear dan Sean Robins bertindak selaku penerbit eksekutif, manakala Simon McQuoid mengarahkan filem ini berdasarkan skrip yang ditulis oleh Greg Russo

Mortal KombatĀ pertama kali diangkat ke layar perak pada tahun 1995, yang diarahkan oleh Paul W.S. Anderson. Filem sekuel berjudulĀ Mortal Kombat: AnnihilationĀ menyusul dua tahun kemudian.Ā Bagaimanapun, kritikan teruk yang diterimaĀ Mortal Kombat:Ā AnnihilationĀ telah menyebabkan penghasilan filem ketiga dibatalkan oleh pihak studio.

Sumber: VarietyĀ 


Related posts

Video The Nun 2: James Wan Goda Sekuel Yang Terikat Dengan Kisah Conjuring

Kakimuvee

Siri ‘Harry Potter’ Akan Dibangunkan Di HBO Max, Bakal Menampilkan Barisan Pelakon Baharu

Kakimuvee

The Penguin: Colin FarrellĀ Kembali Sebagai Oswald Cobblepot Dalam ‘Spin-Off’ The Batman

Kakimuvee

The Conjuring 4Ā Mungkin Akan Menjadi Filem Terakhir Francais – James Wan

Kakimuvee

Foto “Titans” Musim 4 Dedah Pandangan Pertama Penjahat ‘Brother Blood’

Kakimuvee

Disney+ Bangunkan Siri Aksi-Langsung King Kong, James Wan Akan Jadi Penerbit

Kakimuvee