Warner Bros Menghasilkan Satu Lagi Filem Superhero DC, Wonder Women

0
237
views

wonder women

Karakter Superheroin DC, Wonder Women yang bakal muncul buat kali pertama dalam filem Batman v Superman tahun hadapan dikatakan bakal mempunyai filemnya sendiri tidak lama lagi. Menurut Warner Bros, Syarikat produksi yang bertanggungjawab menghasilkan filem-filem untuk karakter-karakter DC ini, filem Wonder Women akan ditayangkan pada pertengahan tahun 2017.

Banyak khabar angin mengenai filem pertama Wonder Women ini samada adakah ianya berlatar belakangkan zaman perang dunia ke-2, di era kemunculan Wonder Women ataupun pada masa kini. Tapi difahamkan filem ini akan bermula secara berperingkat-peringkat sebelum ianya dikaitkan dengan filem kumpulan superhero DC ala Avengers iaitu Justice League.

Mengenai pelakon yang bakal membawa karakter ini, Gal Gadot akan meneruskan karakter ini samada untuk filem stand alone ataupun sebagai watak pembantu dalam filem-filem hero DC. Untuk filem Batman vs Superman, Gal Gadot membawa karakter Wonder Women dalam filem tersebut.

Wonder Women adalah Puteri Amazon yang telah hidup beratus-ratus dan mempunyai kuasa yang luar biasa selain berkebolehan untuk terbang dan handal bertarung.

wonder-woman-in-batman-v-superman-dawn-of-justice-hd-wallpapers

Filem Wonder Women ini bukanlah penampilan pertama Wonder Women dikaca televisyen mahupun dilayar perak, ianya telah mula ditayangkan pada tahun 1970 dalam siri televisyen Wonder Women pada musim pertama yang berlatar belakangkan zaman Perang Dunia ke-2 dan pada musim kedua dan ketiga berlatar belakangkan zaman 1970an.

Walaupun penghasilan filem ini telah disahkan oleh pihak produksi, plot dan siapakan supervillian yang bakal muncul dalam filem ini masih lagi tidak diketahui.

Penulis untuk filem ini adalah Jason Fuchs dan bakal diarahkan oleh Patty Jenkins.

Wonder Woman akan menemui penonton pada 23 Jun 2017, tetapi anda boleh melihat penampilan pertama pahlawan Amazon ini pada tahun hadapan dalam foilem Batman v Superman: Dawn of Justice.

Loading...

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here