Berita

Warner Bros. Masih Mahu Tom Cruise Berlakon Dalam Filem Green Lantern Corps

Views

Tahun lalu, pelakon filem aksi terkenal Tom Cruise dikaitkan dengan filem adiwira DC Green Lantern Corps, dan dia dikhabarkan akan membawa peranan Hal Jordan, salah seorang adiwira Green Lantern.

Bagaimanapun, bintang filem Mission: Impossible – Fallout itu menolak peranan yang ditawarkan Warner Bros. kerana tidak berpuashati dengan skrip filem Green Lantern Corps yang menyaksikan watak Hal Jordan dimatikan dan meminta skrip filem tersebut diubah.

Namun, Warner Bros. tetap dengan skrip tersebut, dan sejak daripada itu, tiada perkembangan lanjut mengenai pemilihan Tom Cruise sebagai Hal Jordan.

Dalam perkembangan terbaru, laman web Wegotthiscovered mendedahkan, pihak Warner Bros. dikhabarkan masih mahu Cruise memainkan peranan sebagai Hal Jordan dalam filem Green Lantern Corps yang kini sedang dirancang mereka.

Cuma tidak dipastikan sama ada Warner Bros. telah mengubah skrip mengikut kehendak Tom Cruise ataupun tidak, tetapi berdasarkan perkembangan terbaru ini, pihak studio dilihat benar-benar mahukan Tom Cruise membintangi filem terbaru DC itu.

Filem Green Lantern Corps telah ditetapkan tarikh tayangannya pada 24 Julai 2020,  namun begitu pembangunan filem tersebut kini terbantut, dan masih tiada pengarah serta pelakon. Diharapkan pihak Warner Bros. dan Tom Cruise dapat mencapai kata sepakat agar perancangan filem Green Lantern Corps dapat disegerakan.

Tinggalkan Balasan

shares
Enable Notifications    Ok No thanks