Kakimuvee – Portal Informasi Perfileman
Official Trailer

Warner Bros. Lancarkan Trailer Animasi Superman: Red Son

Warner Bros. Home Entertainment telah melancarkan trailer pertama filem animasi Superman: Red Son. Anda boleh saksikan trailer tersebut dipemain video dibawah.

Filem animasi ini diadaptasikan dari komik popular DC berjudul sama karya Mark Millar, dan ia akan berkisarkan tentang bagaimana jika Kal-El terhempas di pedalaman Soviet Union, bukannya Kansas seperti siri komik asal.

Superman: Red Son diarahkan oleh Sam Liu (Justice League vs. The Fatal FiveReign of the Supermen) dan diterbitkan oleh Bruce Timm dan Sam Register. Anda boleh saksikan gambar pandangan pertama Superman: Red Son diatas.

Pelakon Jason Isaacs (Star Trek: Discovery) memainkan peranan utama sebagai Superman, Amy Acker (The Gifted) sebagai Lois Lane, Diedrich Bader (Batman: The Brave and the Bold) sebagai Lex Luthor, Vanessa Marshall (Star Wars Rebels) sebagai Wonder Woman, Phil Morris (Doom Patrol) sebagai James Olsen, Paul Williams (Goliath) sebagai Brainiac.

Selain itu juga, ianya turut disertai Sasha Roiz (Grimm) yang akan memainkan peranan sebagai Hal Jordan, Phil LaMarr (Supergirl) sebagai John Stewart, Roger Craig Smith (Batman Ninja) sebagai Batman, Jim Meskimen (Constantine: City of Demons) sebagai John F. Kennedy dan Travis Willingham (Batman: Bad Blood) sebagai Superior Man.

Superman: Red Son akan dilancarkan pada tahun 2020 dalam bentuk digital dan Blu-Ray

Related posts

Filem Live-Action ‘Tokyo Revengers’ Akan Tiba Di Pawagam Tempatan Pada 9 Disember Ini

Kakimuvee

Trailer ‘Marabahaya Underground’ Menjanjikan Aksi Perlumbaan Kereta Yang Menarik

Kakimuvee

Filem Yang Mewakili Malaysia Ke Oscar, ‘Prebet Sapu’ Akan Ditayangkan Di Pawagam 16 Disember Ini

Kakimuvee

Doctor Strange Bertemu Doc Ock Dalam TV Spot Terbaru Spider-Man: No Way Home

Kakimuvee

Lee Dong Wook dan Wi Ha Joon Mempamerkan ‘Bromance’ Mendebarkan Dalam Teaser “Bad And Crazy”

Zulaikha

Strim DUNE Di HBO GO Mulai 2 Disember

Kakimuvee

Leave a Comment