Trailer Wonder Woman 1984 akan didedahkan dalam tempoh beberapa jam lagi semasa sesi panelis di Comic Con Experience, Brazil. Sementara menantikan trailer tersebut, Warner Bros. melancarkan terlebih dahulu teaser yang memberikan pandangan pertama filem terbaru Wonder Woman itu.
Anda boleh saksikannya dipemain video dibawah.
Wonder Woman 1984 menyaksikan pengarah Patty Jenkins kembali ke kerusi pengarahan, bersama-sama Gal Gadot yang meneruskan wataknya sebagai Diana / Wonder Woman.
Filem kedua ini juga bakal menampilkan Kristen Wigg sebagai Barbara Ann Minerva / Cheetah, Connie Nielsen sebagai Hippolyta dan Robin Wright sebagai Antiope. Pelakon-pelakon lain terdiri daripada Pedro Pascal, Natasha Rothwell, Ravi Patel, Gabriella Wilde, Kristoffer Polaha dan Chris Pine yang akan meneruskan wataknya sebagai Steve Trevor.
Jenkins turut menerbitkan filem ini bersama-sama Charles Roven, Deborah Snyder, Zack Snyder, Stephen Jones, dan Gal Gadot. Wonder Woman 1984 bakal menemui penonton pada 5 Jun 2020
Trailer tomorrow. See it first, live-streamed here. #WW84 pic.twitter.com/YdRHPhFxoE
— Wonder Woman 1984 (@WonderWomanFilm) December 7, 2019