Kakimuvee – Portal Informasi Perfileman
Video

Warner Bros. Kongsi Video 7 Minit Pertama “Mortal Kombat”

Warner Bros. Pictures dan New Line Cinema telah melancarkan 7 minit pertama filem Mortal Kombat, yang memaparkan pertemuan diantara Scorpion (Hiroyuki Sanada) dan Sub-Zero (Joe Taslim) di zaman medieval Jepun. Anda boleh tonton video RED BAND NSFW Mortal Kombat dibawah. 

Dalam “Mortal Kombat,” pejuang MMA Cole Young, yang selalu bertarung demi mendapatkan wang, tidak mengentahui warisannya sehinggalah Maharaja Outworld Shang Tsung menghantar pejuang terbaiknya, Sub-Zero, Cryomancer dari dunia lain, untuk memburu Cole. Takut akan keselamatan keluarganya, Cole mencari Sonya Blade atas arahan Jax, seorang Mejar Pasukan Khas yang mempunyai tatu naga pelik, sama seperti yang ada pada badannya sejak dilahirkan. Tidak lama kemudian, dia mendapati dirinya berada di kuil Lord Raiden, Dewa Penatua dan pelindung Earthrealm, yang memberikan perlindungan kepada mereka yang memiliki tanda naga.

Di sana, Cole berlatih dengan pejuang yang berpengalaman Liu Kang, Kung Lao dan tentara upahan Kano, ketika dia bersiap untuk berdiri bersama juara terhebat Bumi melawan musuh-musuh Outworld dalam pertarungan tinggi untuk alam semesta. Cole mesti mendorong dirinya sekuat mungkin untuk membuka kunci arcana – kekuatan luar biasa yang ada dalam jiwanya – dalam usaha untuk menyelamatkan, bukan sahaja keluarganya, tetapi juga untuk menghentikan Outworld.

Mortal Kombat dibintangi Chin Han sebagai Shang Tsung, Hiroyuki Sanada sebagai Scorpion, Joe Taslim sebagai Sub Zero, Mehcad Brooks sebagai Jax, Ludi Lin sebagai Liu Kang, Jessica McNamee sebagai Sonya Blade, Josh Lawson sebagai Kano serta Lewis Tan.

James Wan dan syarikat penerbitannya, Atomic Monster menerbitkan filem ini bersama-sama Todd Garner. Larry Kasanoff, E. Bennet Walsh, Michael Clear dan Sean Robins bertindak selaku penerbit eksekutif, manakala Simon McQuoid sebagai pengarah berdasarkan skrip yang ditulis oleh Greg Russo

Mortal Kombat sedang ditayangkan di pawagam seluruh negara

Related posts

Emma Stone Meriahkan Pesta Dalam Klip Filem “Cruella”

Kakimuvee

“The Falcon and The Winter Soldier” Dedah Video Panjang Zemo Menari

Isqandar

‘Team Kong vs Team Godzilla’ Dalam Video Featurette “Godzilla vs. Kong”

Kakimuvee

Tonton Klip Pembukaan “Zack Snyder’s Justice League” Yang Penuh Dengan ‘Easter Egg’

Kakimuvee

Video Rendering 3D ini Menjelaskan Finale ‘Tenet’ Yang Membingungkan.

Kakimuvee

Tom Holland Bertemu Daisy Ridley Dalam Klip Terbaru “Chaos Walking”

Kakimuvee